Thursday 4 December 2014

Konsep pembaziran dan bersyukur


Apa itu pembaziran?

Islam tidak menggalakkan pembaziran.

Saya pernah mendengar satu kuliah berkenaan pembaziran serta konsepnya. Pembaziran bukan terletak kepada nilai kebendaan/ perkara yang mahal. Ia lebih kepada penggunaan sumber (resources) yang betul tanpa ada unsur zalim. Kita semua sedia maklum zalim ini beerti "tidak meletakkan sesuatu di tempat yang sepatutnya".



Jadi, apa kaitannya dzalim dengan pembaziran?

Ia adalah menyalahgunaan sesuatu sumber dan tidak meletakkannya di tempat yang sepatutnya.

Contoh paling mudah apabila kita berbincang tentang hal pembaziran ini ialah "AIR". Apabila kita menyalahgunakan air,kita biar air paip melimpah2 tanpa sebab, maka berlaku di situ suatu pembaziran dan kita menzalimi air tersebut.

Satu lagi, bila sebut pembaziran, kita juga boleh merujuk kepada wang/ duit. Kita selalu dengar org kata "Jangan bazir wang".... tapi tahukah kita pembaziran wang itu bukan terletak mahal atau murah sesuatu harga barangan itu? Pembaziran bukan sahaja boleh berlaku pada sesuatu yang mahal, tapi ia juga boleh berlaku kepada barang yang murah...

Berbalik kepada perbincangan awal kita tadi... salah penggunaan sumber. Mahal atau murah bukan penentu kepada sesuatu pembaziran ini (dalam konsep matawang/duit). Pembaziran itu berlaku apabila kita membeli sesuatu yang bukan kita perlu. Kalau kita perlu bag tangan sebab beg lama dah koyak, dan kita beli dengan harga yang mahal (dan kita memang mampu), ia tidak menjadi pembaziran sebab kita memang perlu beg tangan tersebut (walaupun mungkin harganya mahal....dan kita tahu kita mampu, keperluan asas sudah dipenuhi). Alasan mahal sebab kita menaruh harapan bahawa ia akan berkualiti dan tahan lama.

Namun, kalau kita beli beg tangan murah sedangkan kita tak perlukannya, kita beli sebab jualan murah, saje-saje, sedangkan banyak lagi beg bertimbun kat rumah... walaupon beg tu murah, maka itu sudah dikira pembaziran. Walau harga barang itu sekalipun seringgit, tapi sebab ia tidak perlu, maka ia jatuh kepada pembaziran.

Nak lagi....kalau dah memang ada 100 beg tangan, pastu nak tambah lagi koleksi yang ke 101, mahal pulak tu, lagi lagi lah pembaziran.

Bunyi mcm agak kasar kan. Tapi itulah yg sebenarnya.

Tapi ini bukan memberi justifikasi untuk kita membeli beg yang paling mahal (dalam keadaan perlu... berpada2 lah)

Satu lagi unsur yang seringkali diabaikan dan dibazirkan adalah MAKANAN.


Sekarang ni musim kenduri kendara. Satu hari boleh lebih dari dua jemputan. Jadi, kerjanya makan..makan.... dan makan...
Saya benar2 terpanggil untuk berkongsi isu pembaziran ini bersumberkan inspirasi mode "jalan-jalan pergi kenduri". Baru siang tadi, kami menghadiri beberapa jemputan walimah. Ini bukan kali pertamma saya melihatnya,dah banyak kali. Dan setiap kali saya melihatnya, saya rasa mcm nak nangis. Tak kiralah nak panggil saya "emo" ke... "minah jiwang ke"... "minah sensitive ke"... tp ye..saya sedih....setiap kali pelayan mengemas pinggan-pinggan tetamu jemputan, banyak makanan lebihan terbuang. Saya mula terkenang-kenang kesusahan warga lain seperti anak yatim, rakyat Somalia, Syria, Palestin...Kemboja

Apa alasan yang nak kita berikan nanti kepada Allah akan pembaziran yang telah kita lakukan tanpa kita sendiri sedar???

Saya teringat pesanan arwah mak saya....jangan bazir nasi... nanti nasi menangis....tu masa kecik2 lah. tapi hakikatnya memang betul. Dalam setiap rezeki makanan yang ada, terdapat barakah. Kita tak pasti biji nasi yang mana yang penuh barakah. sebab tu orang tua2 suruh perabiskan makanan smpai licin. Bunyinya macam perkara kecil je.. tp perkara kecil inilah yang boleh memberi impak besar kepada kita.

Pembaziran seperti ini adalah refleksi diri kita sebenarnya. Seperti contoh makanan di kenduri tadi.. mengapa perlu ambil makanan dalam kuantiti yang banyak sampai membukit?  Perlukah sedemikian? Kalau teringin nak rasa semua lauk pauk, ambillah sedikit setiap satu. Kalau mana2 lauk yang berkenan, tambah kemudian.

Anak2 juga perlu dilatih supaya tidak membazir.

Ada org kata.. ala..seganlah nak menambah....tapi drpd kita membazir makanan?? mana lebih afdhal?

Teringat kata2 ustaz hasrizal dalam bukunya "Secangkir Teh Pengubat Letih"

QUOTE

Pada yang kecil itu ada barakah

Orang Istanbul sangat tertib, teliti dan mengira sekecil-kecil perkara seperti dalam menjaga kebersihan rumah dan persekitaran.

Masyarakat di sana menggunakan nama Mehmet di sebalik nama Muhammad. Persoalan yang diutarakan Ustaz..mengama Rasul dipanggil Muhammad tp bila nama orang, disebut Mehmet?

"Nama Muhammad ini kami khususkan untuk baginda Rasulullah SAW. Kalau kami namakan anak-anak kami dengan nama Muhammad, nanti kalau mereka buat hal, tercemar pula nama Rasulullah.Contohnya sekiranya anak yg bernama Muhammad ini mencuri epal lalu orang kampung mencela anak ini , isy jahatnya Muhammad ini, Hah kan tak elok. Perbuatan mencuri itu dinisbahkan kepada nama yang semulia Muhammad"

Betapa hebatnya mereka sehinggakan perkara sekecil ini diambil kira.....menjaga kemuliaan nama Muhammad, baginda Rasulullah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ayam sudah siap terhidang.
 
"Fatih, Islam, Hasan, Faruk, Osman, marilah makan!" Saya menjerit memanggil mereka yang khusyuk di meja bacaan masing-masing.
 
Setiap kali makan, kami akan membentangkan dua keeping surat khabar ama. Tujuan utamanya adalah untuk memastikan sisa makanan tidak jatuh ke karpet. Akan tetapi malam itu perhatian saya terpaut kenpada tindak tanduk rakan saya ketika makan terutamanya Islam. Setiap kali beliau mematahkan roti, beliau akan melakukannya di atas mangkuk nasi. Seandainya masih ada serbuk dari kulit roti bertaburan di atas lapik, Islam akan mengumpulkannya untuk dimakan. Tidak ada langsung sisa makanan yang terbuang.
 
"Islam, saya suka tengok cara awak makan. Tidak ada yang tersisa langsung. Berkat..berkat..!" Saya memuji Islam.
 
"Betus Hasrizal. Ini soal keberkatan, Walaupun macam-macam yang kita makan, kita tidak tahu bahagian mana makanan kita yang Allah pilih sebagai asbab untukNya menurunkan baraqah." kata Islam.
 
Ya, apa yang Islam katakana itu memang benar. Ia mengingatkan saya kepada sepotong hadis;
 
Daripada Jabir, beliau mendengar Nabi SAW bersabda:
"Apabila siapa di kalangan kamu makan, dan jatuh sejemput dari tangan, maka bersihkanlah habuk yang terlekat pada makanan itu dan hendaklah dia memakannya. Jangan tinggalkan bahagian itu untuk syaitan. Dan janganlah dibersihkan tangan kamu dengan kain pengelap sehingga dia telah menjilat (jari-jari) nya. Sesungguhnya seseorang itu tidak tahu pada bahagian manakah makanannya yang diberkati Allah"

Jangan pandang kecil selagi ia berupa satu kebajikan dan kebaikan. Penilainya adalah Allah, Allah yang menilai amal pada harga sebuah iman. Jangan tangguhkan kebaikan kecilsemata-mata menunggu peluang amal yang besar.

Marilah kita bersama-sama menghitung dan mengambil kira benda-benda kecil yg kita abaikan selama ini. Mungkin pada yang kecil halus itulah Allah menyentuh kehidupan kita dengan barakah.

Sebagaimana kebaikan yang kecil mungkin menjadi punca keberkatan Allah, maka berhati-hati juga dengan dosa-dosa yang dianggap kecil. Ia boleh menjadi punca murka Allah.

Mari luruskan saf, mari kemaskan saf, mari habiskan makanan, mari pelihara adab dalam iman. Murahkah senyuman, banyakkanlah membuat kebaikan yang mudah dan kecil,tapi berpanjangan. Mengubah ranting dari jalan agar jangan ada yang kesakitan, memandang wajah saudara dengan air muka manis penuh senyuman. Banyak-banyakkan berbuat kebaikan, tidak diketahui yang mana bakal dipilih Tuhan, jadi pemboleh ke syurga yang berkekalan.




No comments:

Post a Comment