Saturday, 6 December 2014

Bila baju kurung moden bertemu baju melayu raihan

Kali ni saya nak cerita serba sedikit tentang aktiviti menjahit saya...

Setakat ni, saya banyak menjahit baju kurung biasa/ tradisional ... sebab itu je yang saya tahu. Saya ni bukanlah tukang jahit yg pakar. Saya menjahit hanya kerana minat saya.

Pertama kali menjahit baju kurung adalah masa saya belajar di Melbourne dulu. Gara-gara kami serumah nak baju raya jugak, beli kain kat Spotlight. Bermulalah episod belajar menjahit baju kurung dengan teman serumah menggunakan pola. Saya ada juga belajar jahit blouse labuh dengan kawan yang sama.

blaus lama....gaya amatur jahit...

Lepas2 tu, balik msia, saya pon berhijrah untuk tujuan bekerja. Sebelum ni, masa kecik2 kami tempeh kat tukang jahit cina kat taman saya duduk tu. Dah selesa dengan jahitan dia. Sejak berhijrah ni, malas nak survey tukang jahit di tempat baru (sebenarnya tak tahu nak survey kat mana), maka mulalah projek2 menjahit saya dan dari situ timbul minat untuk memajukan lagi kemahiran saya.

Saya mula jahit beberapa baju kurung biasa dan mencuba jahit dress anak dara saya (anak sendiri lah jadi mangsa cubaan ~ pioneer).. lagipun sebab baju budak saiz kecil, mudah untuk praktis.

baju dah lusuh sket sebab anak dah lanyak pakai...

Pastu, perlahan2 saya amek satu langkah ke hadapan, cuba menjahit baju kurung moden.Tak lah moden mana kan masa percubaan pertama. Saya buat baju yang tadde pesak (baju kurung moden mmg tadde pesak kan)...pastu leher buat ala2 cheongsam/ mcm cekak musang gak. Jangan tanya mcm mana saya buat. Saya google gambar dan tiru dari situ. Kain ikut stail kain pesak baju kurung.

Cuma bila buat baju kurung moden, sebab dia takde pesak....saiz bukaan lengan di bahagian ketiak yang bersambung dengan badan baju akan sempit sket sbb ukuran biasanya selok2....tapi saya tak suka...so saya tambah kekek kat bahagian ketiak baju tu.

Dan inilah hasilnya. (ni baju raya tahun 2011).. maaf ye, tak kemas sbb ni gaya jahit amatur.



Kemudian, raya tahun ni, saya buat keputusan untuk menjahit baju raya saya juga. (Tahun lepas beli je, masa tu baru lps pantang, tak sempat nak godi mesin jahit sbb ada anak kecik).

Sebenarnya tak plan pon nak menjahit ni sebab tahu kekangan masa tapi sbb MIL jahitkan baju untuk anak2 (baju melayu utk boboy, jubah seluar utk gegirl), saya jadi excited pulak. MIL pilih warna ungu menjadi tema tahun ni. Jadi sang ibu pon gatal nak kaler sama. Asalnya nak beli je tp cik abang tak stuju masa awal2 sbb nanti bazir beli baju melayu banyak2 tapi pakainye idak  ( anyway...pompuan takpe..baju byk pon boleh lanyak pi keje... kan.)...sebabkan separa kecewa, saya pon senyap2 memasang hajat jahit sendiri baju. Senyap2 pergi Kamdar dan Nagoya cari kain konon nak buat kejutan (surprise)... Tapi sume last minute, beli kain dan potong kain dua minggu sblm raya...jahit seminggu sblm raya.

Kali ni saya plan nak jahit baju kurung moden style ala2 peplum/ baju kembang. Saje.. gatai tangan sebab tengok orang ramai pakat beli baju kurung moden la ni. Menjadi trend lak raya thn ni org pakai baju kurung moden atau jubah/ maxi moden yg rata2 menggunakan material lycra. Jubah moden byk yg stail princess cut gituh.

Anyway, pola bajunya saya ikut pola baju blouse menyusu saya courtesy Rona-Rona dan dicampur dengan corak baju t-shirt menyusu saya courtesy Aqeela.  Sambil tumpang2 jenguk pola/ gambar kat Mr Google.

Baju Rona-Rona (bukan baju sebenar tp rupanya mcm ni lah lebih kurang)



Baju t shirt menyusu Aqeela (pon bukan baju sebenar tp rekabentuk sama)



Gambaran lukisan rupanya begini....


ni lukisan gaya amatur juga ye....asal saya sendiri faham jadilah....


Saya menggunakan 2.5 - 3 meter kain bidang 45 utk baju...lagi labuh baju, lagi kembang bahagian bawah peplum dia..lg byk kain kena pakai...atau boleh juga pakai kain bidang 60 so panjang kain yg diperlukan kurang lah sket.

Bahagian lapisan dalam (inner) dia boleh pakai kain yg sama ngan baju atau kain lain...ikut suka lah..saya pakai fabrik yg sama dengan kain...sbb ada lebihan kain dr baju melayu suami.

Leher baju saya guna bias tape/kun/lis...

Belakang pakai zip sorok....dia ada tapak khas mesin jahit utk jahit zip sorok ni..tp saya takde..maka kita cuba mana yg boleh utk jahit....tp x brape kemas lah jadinya...

Sebabkan ni potongan moden, tiada pesak, mcm saya cite tadi, bahagian ketiak dia akan selok2....tapi saya tak selesa rasa sempit...so saya tambah kekek gak utk baju ni.

Utk kain...standard je...2 meter bidang 45. Utk kain boleh buat mcm kain pesak baju kurung. Saya buat kain kembang potong lurus je..sebab nak senang dan cepat..xnak pikir nak susun pesak kain.

So hasilnya mcm ni....tadaaaa....




Ok.. dah lepas tu... anak dah ada baju, ibu dah ada baju....abah pula....hmm...mcm saya kata, nak beli takut tak pakai selalu, jadi sekali lagi saya cuba menambahkan skill menjahit saya iaitu percubaan menjahit baju melayu.

Kalau ikutkan hati, tak mau jahit baju lelaki ni sbb baju lelaki lebih susah dan kompleks. Sebab tu sebelum2 ni pon tak pernah teringin nak mencuba pon. Cuma untuk tahun ni, terasa nak berbakti kepada encik suami dengan menjahit baju untuk dia....since suami lebih suka style raihan, so saya pon menelek mr google tgk mcm mana nak menjahit baju raihan. Fokus saya ialah pada menjahit leher ala cekak musang. Pola bajunya saya ikut baju suami yang sedia ada.

Brikut adalah video pembelajaran saya...








Pada asalnya, nak jahit baju sahaja sebab dah encik suami kata nak pakai baju melayu ngan sluar slack biasa...tapi tetiba dia tanya..."aik...jahit baju aje? sluar takde ke? nak sluar jugak"...jadi kelam kabut lah saya ke kedai kain skali lagi beli kain tambahan 2 meter nak jahit sluar cik abe...sempat ke idak....suami siap kata "habislah baju raya tak siap..."

Ini lukisan baju melayu yg saya jahit...



Untuk seluar pula..saya tekap ikut pola seluar baju melayu suami yang dulu2. Sama je...

Jumlah kain yg dipakai ialah 4 meter bidang 45. Saya beli fabrik yg sama utk jahit kain baju kurung moden saya.

So inilah hasilnya......



Dapatlah baju raya sedondon sekeluarga. Dan yang lagi meriah, kakak juga menggunakan warna ungu sebagai tema baju raya sekeluarga tahun ni.. so kami sedondon juga.








3 comments: