Wednesday, 24 December 2014

kisah ibu tunggal muda...

nak mengalir air mata membaca al kisah ini. manakan tidak...baru siang tadi hal yg sama terlintas di benak fikiran ini...

bukan pertama kali saya merawat "ibu tunggal muda" di klinik saya mahupun ketika posting di hospital. baru2 ini sy ada late booker, dtg pd usia kandungan 34 minggu..kes transfer in dr negeri jiran.ada org melaporkan anak si polan mengandung. misi pergi melawat utk siasat dan memberi rawatan susulan.sy menemuramah beliau..katanya dia x tahu apa2. dia pergi ..."party"...minum air yg agaknya dimasuki ubat..sedar2 baring di atas katil bersama lelaki yg tidak dikenali. mula2 xnak buat laporan polis tp setelah sy memberi penjelasan, akhirnya dia buat juga laporan tu. benar atau tidak sy x pasti tp siang td misi kata pesakit sy dah bersalin. ada org lama situ kata rupa baby mcm teman lelakinya. sy tertanya2...adakah kisah dirogolnya itu benar? mungkin sekadar utk menutup kisah benarnya... wallahu'alam..benar atau tidak bukan pokok perbincangan. tp isu seks luar nikah menjadi utama.

pagi yg sama juga...sy dikejutkan oleh kakitangan kem remaja...spotcek urine pregnancy test tetiba ada yg positif.akibat dek tidak percaya, mereka buat ujian smpai 3 kali.kemudian mereka membawa pelajar demikian bertemu saya. wajah yg manis dan mulus orangnya. bertudung...kelihatan naif.saya menyapa...(setelah intro yg pnjg kpd pelajar tersebut)..atas rela atau paksa. "rela" jwbnya.."pertama kali bersama teman lelaki" ujarnya lagi. hati saya rebah..aduhai adinda..kenapa terjebak sebegini. saya scan..usia kandungan sudah mencapai 13 minggu.bagaimana masa depanmu nanti? pihak kem terpaksa menghantarnya pulang krn hamil. saya segera memaklumkan klinik berdekatan rumahnya utk meneruskan penjagaan kehamilan dia. risau timbul kalau2 dia lari dan apa2 hal berlaku. perlu pantas bertindak.

sy berbual serius dgn staff saya...bayangkan dlm ms 7 thn akan dtg...brape ramai anak2 yg ingin mendaftar ke sekolah yg mana namanya tiada "bin" atau "binti". bagaimana ini akan memberi impak kepada institusi masyarakat kita pada ketika itu nanti.

saya mulai risau...masa kan tidak..saya juga seorang ibu...risaukan anak2 gadis kita...risau kan anak2 teruna...anak2 gadis takut dicabuli..anak2 teruna takut mencabuli anak gadis org pula...(x termasuk kes jenayah lain spt dadah etc)...

ya Allah...selamatkanlah generasi anak2 kami ini. lindungilah mereka dari mara bahaya dan dari perbuatan2 keji ini ya Allah. jadikanlah mereka anak2 yg soleh dan solehah lagi musleh dan muslehah. jadikanlah mereka anak2 yg taat kepada segala perintahMU dan meninggalkan segala laranganMU...jadikanlah mereka anak2 yg taat kpd kedua ibu bapa mereka. peliharalah mereka dalam Iman kpdMU YA ALLAH ameen....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

http://togehsegar.blogspot.com/2014/12/kisah-benar-wanita-bertudung-labuh.html



 

No comments:

Post a comment