Thursday, 5 December 2013

doktor dan aurat



Saya terpanggil utk memberi sedikit cebisan kata2 tentang hal yg agak sensitif sehinggakan ramai wanita2 di luar sana menjadi terlalu "demanding" terhadap perkara yg mereka sendiri kurang arif tp tunjuk macam arif dalam semua hal...

Saya membaca byk komen2 yg agak kasar bahasanya menyatakan kononnya pendirian mereka sgt tegas tentang soal aurat wanita yg hendak bersalin sehinggakan meminta perkara2 yg pada saya agak mustahil utk dilakukan dalam keadaan sekarang.

 Perbincangan mereka lebih banyak emosi dari akal dan fakta...suka membesar2kan perkara2 remeh tapi memandang enteng kepada perkara yg jauh lebih penting dan besar.
anda perlu tahu bahawa nisbah doktor kepada pesakit di malaysia sekarang adalah 1:800. (Sasaran 1:600 by 2015 dan 1:400 by 2020...Itu secara keseluruhan tp sudah tentu nisbah doktor perempuan kpd pesakit adalah jauh lebih tinggi...untuk memungkinkan semua pesakit wanita dilayan oleh doktor perempuan adalah suatu yg sukar dicapai. Mana mungkin anda bersikap konon membela wanita tapi dalam masa yg sama tidak pula memikirkan tentang kebajikan doktor wanita.

Contoh situasi...doktor wanita ini sudah bekerja berjam2 bersengkang mata nak berehat susah..smpai gilirannya utk merehatkan diri, dia diganti oleh teman sejawat seorg doktor lelaki...tiba2 pesakit tidak mahu dirawat oleh doktor lelaki tu...x kesian ke kat doktor wanita tu yg baru ingin berehat...mungkin org akan kata..ala takpelah...berjasa lah sket....tp dia sudah penat berjasa..itulah mungkin satu2nya masa utk dia melepaskan lelah kepenatan...tidakkah anda terpikir begitu??

Anda juga perlu tahu tak semua doktor wanita berminat untuk menceburi bidang O&G...mungkin mereka minat bidang lain seperti radiology, ophthalmology, pembedahan dll. Yang pastinya disetiap bidang yg berbeza ini juga memerlukan doktor wanita. Ramai juga doktor wanita yg tidak berminat dgn bidang ini kerana ini adalah antara bidang yg sgt stress dan memerah tenaga dan masa...byk risiko medicolegal....kerana keperluan utk selalu beroncall, maka masa bersama keluarga adalah kurang....doktor juga ada institusi kekeluargaannya yg perlu dijaga dgn baik. Sebagaimana masa buat master (sambung belajar jadi pakar)...takde cuti bersalin ye...

Pengiktirafan yg dikira layak dalam konteks ini haruslah mengambil kira kebajikan untuk doktor perempuan tersebut. Termasuklah perkara2 melibatkan keperluan institusi keluarga doktor tersebut. Jangan seronok minta aje dan condemn. Hal ini hukan sahaja utk O&G tapi turut melibatkan keperluan doktor paeds . Doktor bius etc etc. Yg tukang angkat patient pun x larat nk guna tenaga perempuan shj

Selain itu doktor lelaki juga perlu latihan dalam bidang ini terutama peringkat doktor pelatih...sbb itu adalah ilmu asas...secara imimnya doktor-doktor perlu melengkapi kesemua latihan dan jenis perawatan yg ada agar mereka swntiasa bersedia dalam menghadapi sebarang kes.kecemasan. kalau tetiba ada org nak bersalin kat tgh jalan dan tiada doktor wanita...doktor yg ada doktor lelaki je..dia pulak tidak terlatih sbb tidak dibenarkan...tak ke haru...

Doktor lelaki yg menceburi bidang ini kerana minat mereka dan bukannya kerana mereka gatal atau miang....mereka bekerja dengan penuh professional dan berdedikasi....janganlah terus2 kondem. Janganlah ikut emosi...ikut rasa badan binasa...

Ada ustazah memberi penekanan agar suami menjaga aurat isterinya ketika menerima rawatan doktor.

Suami mana yg suka isterinya mendedahkan aurat..kalau dia mampu, sudah pasti dia ingin isterinya mendapat rawatan dr doktor wanita sahaja. Namun tak semua berkemampuan utk mendapatkan rawatan swasta utk memilih doktor wanita. Jadi dalam keadaan isteri hendak bersalin....suami inginkan keselamatan kedua2 ibu dan anak yg dikandung...itu yg penting...apabila dihantar ke hospital kjaan..maka kena terimalah hakikat di sana ada doktor wanita dan lelaki. Dan kita tidak boleh pilih doktor.
Tapi sedihnya ramai juga suami yg ketika isterinya hendak bersalin, dia sibuk2 nak dptkan doktor wanita konon nak jaga aurat isteri..tp dalam masa yg sama dayus kerana tidak menegur isterinya berpakaian ketat dan tidak menutupi aurat dengan sempurna ketika keluar dr rumah.

Sebut psal AURAT....kita sudah salah memberi penekanan...hal ini bukan sahaja penting di dalam dewan bersalin....tapi isunya jauh lebih besar dari itu...jadi jangan cepat melatah
Anda kena tahu dalam keadaan hendak bersalin..itu adalah keadaan sakit, terdesak dan darurat..keadaan ini diiktiraf oleh para ulama'. Of coz kalo boleh memilih..then pilihlah doktor perempuan...kalau tak dapat..maka terimalah keadaan itu seadanya. Sama juga dengan kes vaksinasi...ramai pertikaikan kehalalannya...sampaikan ada yg mempertikaikan musyarakah ulama yg mengharuskan vaksinasi....siapa anda utk mempertikaikan para ilmuan itu? Mereka sudah bertahun2 mempelajari selok belok agama...membuat kajian..mempelajari kaedah ilmu fiqh...kita ni siapa dengan ilmu agama yg cetek tetapi nak tunjuk pandai...eloklah kita cerminkan diri kita sendiri...tak salah utk kita sama2 mempelajari islam tapi mereka berguru lama...kita? Siapa guru kita? Internet? Sekadar dengar ceramah satu jam...takkan sama.
semak dulu diri anda....muhasabah diri sebelum menuding jari kat org lain...jgn meminta agar aurat dijaga di dalam dewan bersalin sahaja...tapi harus dijaga aurat secara keseluruhan juga....

BAGAIMANAKAH AURAT ANDA KETIKA DI LUAR RUMAH ATAU BERSAMA BUKAN MAHRAM? ADAKAH ANDA MENJAGA AURAT ANDA DAN TEMAN TEMAN ANDA? Isu aurat di dewan bersalin isu kecil sahaja...tak.perlu diperbesarkan sehingga nak kondem org lain. Janganlah meminta perkara yg memberi kesukaran kepada pihak lain pula...
Sekiranya kita menjaga aurat kita dengan baik, Allah akan menjaga aurat kita.
Sekiranya kita menjaga dan melindungi aurat org lain, Allah akan menjaga aurat kita.
Sekiranya kita menutupi aib org lain...Allah akan menutupi aib kita, namun...
Sekiranya kita sengaja membuka aib org, maka Allah akan membuka aib kita pula...
Simple maths kan....

Aurat kita adalah semua anggota melainkan muka dan tapak tangan..
Bertudung tapi pendek tidak menutupi dada....
Bertudung tp bersanggul unta
Bertudung tapi berpakaian ketat sehingga menampakkan susuk badan
Bertudung tetapi pakai tshirt lengan pendek, kain terbelah
Berbaju nipis sampai nampak warna kulit
Berpakaian lengkap tapi kaki terdedah tidak berstokin..
Jalan berlenggok lenggok
Minyak wangi harum semerbak

Ala....ada kata "tak pakai tudung pon takpe, asal hati ikhlas dan baik"..."aku tak nak hipokrit"....tp bagaimana kita dikategorikan "ikhlas" dan "baik" kalo kita tidak mematuhi perintahNya? hati yg ikhlas adalah hati yg redha dan akur akan segala suruhanNya dan menutup aurat itu adalah suruhannya...dan menutup aurat perlulah mengikut spesifikasi yg telah diletakkan. Kalau kerja boleh ikut spesifikasi bos, nape dalam mengamalkan agama tak boleh ikut dgn sempurna?

Tag gambar kawan dalam fb....ada check tak kawan anda tu menutupi aurat dia dgn sempurna ke idak? Posing maut...sexy maxy ke? Anda mungkin sudah menutupi aurat anda..bagaimana pula rakan anda? Seronok tunjuk kat suami gambo zaman bujang..gambo dalam rumah tak pakai tudung...ada pulak gambo kawan sebelah juga tak pakai tudung (dah sbb dok dlm rumah sesama pompuan)...lupa melindungi aurat rakannya....

JANGAN LUPA AURAT WANITA BUKAN SAHAJA MASA NAK BERSALJN TP MASA KELUAR RUMAH DAN BERSAMA BUKAN MAHRAM...

Selain soal aurat...ISU BESAR DAN SANGAT PENTING TP RAMAI TAK AMBIL PEDULI NAK SURUH KERAJAAN IMPLEMEN IALAH SOLAT....HOSPITAL MESRA IBADAH....apabila kita mementingkan solat..maka dari situ semua perkara agama akan terjaga sebagaimana SOLAT ITU MENCEGAH KEMUNGKARAN

Org yang menjaga solatnya akan secara automatik menjaga agama dan ketrampilan mereka menonjolkan keperibadian Islam...maka...sudah pasti termasuk juga menjaga aurat mereka.

Ramai saya lihat pesakit tidak solat apabila mereka terdampar di katil... sedangkan solat itu sudah menjadi satu kewajipan kpd kita. Ramai lagi wanita di luar sana yg tidak tahu bahawa mereka perlu bersolat walaupun ketika dalam keadaan sakit hendak bersalin..kewajipan bersolat itu masih jatuh ke atas mereka sehinggalah bersalin....turun lendir darah (show) boleh solat lagi...turun air kutuban...juga masih boleh bersolat lagi..sekiranya tertinggal...maka perlulah diqada'kan.... keqajipam bersolat akan gugur hanya selepas kita bersakin...jgn pandang enteng....

Pastu penggunaan bahasa kita juga mencerminkan keperibadian kita. Jgnlah kondem dan guna bahasa kasar...Islam itu menyeluruh...penuh berhemah dan diplomasi...bukan isu aurat aje..tp bahasa, budi pekerti..hormat menghormati

Jadi....
Tambahkan ilmu..tingkatkan amalan baik kita...
 
P/s - tp staff yg bekerja di dewan bersalin secara khas dan di hospital secara umum, harapnya dptlah sama2 menjaga aurat dan ibadat pesakit kita. Kalau pesakit nak bersalin, selimutilah dia selagi boleh.
Kita bukan nak menafikan hak masing2 utk memilih. Kita menghormati hak "autonomy" seseorg pesakit. Pesakit boleh meminta dan jika keadaan membenarkan sudah pasti kita akan sediakan segala kemudahan yv diingini termasuk diperiksa oleh doktor wanita. Namun dalam kekangan tenaga kerja,mungkin tidak semua keinginan dan hajat itu dapat dipenuhi, jadi kena redha dan bersikap terbuka. Janganlah sehingga marah2 memaki...dan menggunakan bahasa kesat menyalahkan pihak yg bekerja seperti menfitnah doktor doktor lelaki yg gatal etc...sekiranya memang ada yg berlaku sedemikian, ia sudah melanggari etika bekerja dan haruslah dibuat laporan agar tindakan tegas boleh diambil.
Sebut psal etika bekerja, para doktor perlulah membawa peneman/ chaperon apabila memeriksa pesakit yg berlainan jantina...jadi sudah pasti tidak akan ada masalah yg timbul dr itu.spt saya kata, kalau berlaku apa2 pencerobohan etika, maka harus dilaporkan.

No comments:

Post a Comment