Wednesday, 25 December 2013

Anak dua???

Strictly untuk yang sudah berkahwin dan ada anak sahaja!!!
Haha. Dak aih. Saja ja buat gempaq. Entry ni untuk reply komen Ezan dalam previous entry. Baguih hang bagi aku idea apa nak tulih tengahari ni. Tengah serabut nih. Elok jugak kalau dapat tekan-tekan keyboard. Huu.

Tak cukup tangan tiap-tiap hari?

Hahaha! Stendettt.

Anak sorang dulu kita rasa kitalah orang yang paling kelam-kabut dalam donia. Semua benda rasa tak sempat nak buat.

Sekali bila dah anak dua ni, perghhh. Terus gelak ja bila geng anak sorang kata depa kelam-kabut. Kikiki.
Bangun pagi, takdak la nak golek-golek, menung-menung dulu atas katil macam orang bujang/takdak anak. Sat, kami mana tidoq atas katil dah pun. Bentang toto ja tidoq empat beranak. Katil dah sempit. Lagipun nak elak pengalaman Qaid jatuh katil dulu.

Ok, sambung bangun tidoq tadi. Terus buat apa yang buleh sementara anak-anak tak bangun lagi. Basuh pinggan ka, iron baju ka, apa-apa lah. Sebab kalau depa dah bangun, nak kena multitasking pulak. Kerja nak kena buat, yang menangis nak kena dukung. Lambat la siap jadinya. Hewhewhew.

Sambil siap-siap nak hantaq pi nursery, kena ingat-ingat jugak kot ada yang tertinggai. Botoi susu, bedak, koko crunch, segala macam tok nenek. Baru sampai parking, ada pulak yang u’u’. Takkan nak biaq ja dia tak selesa dalam kereta sementara nak sampai nursery? Naikk balik rumah, bersihkan. Tu sebab kalau yang ada anak kecik ni lambat masuk opis, paham-paham la. Kalau masa baby, kadang tu dah takdak bau perfume dah kat baju. Bau muak ada la. Haha.

Dah hantaq kat nursery, terus pi office. Dan untuk beberapa jam, menghadap keja kat opis.

*******
Balik, jemput anak-anak sambil pikiaq nak dinner apa malam ni. Masak ka, makan luaq ka, tapau ja ka?
Sampai rumah (selalunya dah gelap la. Huhu), berambat nak angkat kain jemoq subuh tadi, nak mandi, nak solat, nak bagi anak makan (kalau tak makan lagi). Totet-totet dah pukui 10. Lights off. Memang jarang dapat duduk-duduk tengok tv. 

Tu tak kira lagi kalau anak-anak tak sihat. Aku taktau la orang lain macamana. Tapi kalau aku takdak benda-benda yang urgent kat opis, boleh bagi instruction dari rumah ja apa orang kat opis kena buat hari tu, aku akan ambik cuti.

Biaq pi la balance cuti tinggai sikit pun. Asaikan dapat teman anak-anak dok rumah. Tawakal ja la orang nak kata apa. Aku pikiaq macamni, hati manusia ni Allah yang jaga. So aku doa pada pemilik hati yang Maha Mengetahui tu, agar aku dipelihara daripada buruk sangka dan fitnah. Sebab kalau dok pikiaq apa orang kata, jenuh la. And Alhamdulillah, rasanya boss n colleagues pun memang faham kot.

Bukan apa. Tak sampai hati pulak rasa nak hantaq yang tak sihat tu pi nursery. Budak kalau tak sihat paham-paham ja la. Nak merap ja. Eh, hangpa tau ka merap tu apa? Merap tu manja. Nak peluk, nak nyendeng.

Satgi kalau kat nursery, sempat ka cikgu nak layan dia. Kalau cikgu busy, kesiann anak kita dok merengek sorang-sorang. Takut cikgu tak sabaq pun ya jugak. Nanti dah la tak sihat, kena marah pulak. Bukan la nak kata cikgu jaga tak baguih, tapi paham la manusia. Cikgu pun ramai lagi budak nak jaga. Takkan nak tatang anak kita sorang ja. Dia pun reti letih.

Nak tengok movie? Sorrylah kalau nak kosentret dengaq tiap-tiap patah dialog. Takkan dapat punya. Baru nak duduk, mai sorang tanya itu ini. Kalih-kalih, dah scene lain. Dok sat lagi, lagi sorang pulak nak susu. Dah bagi, tengok lagi sekali dah tak paham cerita. Haha. Kalau tengok cerita English/Malay, ok lagi. Boleh jugak dengaq-dengaq mata tak tengok pun. Kalau tengok Running Man? Nak paham apa kalau setakat dengaq ja? Wuwuwu.

Travel? Takdak dalam annual plan nak berjalan jauh-jauh dalam setahun dua ni. Backpacking? Diving? Memang tak wujud perkataan-perkataan seronok macam tu dalam kamus kami. Jangan kata nak travel jauh, nak pi KLCC pun preparation macam nak pi berperang. Baju spare, air panas, susu, pampers, stroller, semua nak kena hangkut.

Yang bujang/takdak anak mungkin tak rasa semua ni. Depa tengok gambaq anak-anak kita ghenyih buat peace ja kat instagram. Tapi tang letih nak jaga, bukan semua orang tau. Haha. Eh, ni bukan merungut. Bukan jugak nak kata kat hat yang takdak anak/bujang. Dakk. Cuma nak share ja cerita ‘di sebalik tabir’.
Maksud aku, jangan jeles sangat dengan kami hat ada anak ni. Takdak anak pun boleh bahagia jugak. Enjoy lah dengan cara masing-masing. Kami seronok dengan anak, tapi rumah kami sentiasa macam tongkang pecah, masa kami tak pernah cukup, tidoq kami jarang dapat lama-lama, budget kami tiap-tiap bulan takdak la banyak surplus macam hangpa. Tapi tu lah. Allah ganti balik semua tu dengan hati yang sentiasa ‘penuh’. :)
Yang bujang/takdak anak jangan down pulak bila baca ni. Focus pada yang kita lebih. Cari la benda positive out of our situation. Dulu masa takdak anak, Yanie ikut aku pi masjid. Solat jemaah, dengaq kuliah, pastu kami pi makan. La ni, Yanie memang tak dan dah nak ikut. Hangpa yang takdak komitmen, takdak sapa nak larang kalau pi dengaq kuliah especially bila ustaz-ustazah yang best datang tempat kita. Kan hangpa ‘lebih’ tang tu? :)

Tapi Ezan, nak cerita kat hang. Kebetulan haritu mak Yanie mai dok dengan kami sat jaga budak-budak tu. Seminggu lebih kurang.

Kami memang syok la ada orang tunggu anak-anak kat rumah. Pagi-pagi tak payah kelam-kabut nak siapkan depa. Tak payah risau depa cukup makan ka dak dok rumah. Kami balik kerja, dua-dua wangi, dah kenyang. 

Tapi lepas 3-4 hari, aku cakap kat Yanie, “Memang best macam ni. Teratur je semua. Tak terkejar-kejar. Tapi rasa macam ada sesuatu yang kurang.”

Masa dengan anak-anak.

Rupa-rupanya, yang kita dok mandikan depa, pakaikan baju, sapu bedak, sikatkan rambut, itulah masa terbaik kita bond dengan anak-anak. Bila dah tak buat sendiri benda-benda tu, rasa a big chunk of the bonding time has been taken away. Hang nak main gelak-gelak dengan depa, berapa lama sangat kita larat? Betui dak? Sebenaqnya masa siap-siapkan depa tu pun termasuk masa ‘bersama’  dengan depa. 

Tolak pulak lagi dengan masa dalam kereta (kami kan tak mampu nak beli rumah tengah-tengah KL. So lama la dalam kereta sebab tiap-tiap hari travel jauh). Bila anak-anak takdak dalam kereta, masa tu baru appreciate takpa la sangkut jem pun, janji anak ada depan mata. Huhu.

Penat, memang penat. Tapi aku cakap kat Yanie, ni ja la masa kita nak siapkan depa. Nanti dah besaq, mesti kita rindu nak mandikan, nak gosokkan gigi, nak shampoo, semua yang kita kadang-kadang ‘terpaksa’ buat hari ni.

Takpalah. Kita jadikan penat tu as a currency untuk tukaq dengan pahala Allah. 

Alah, tangan hang mesti pernah luka kena cucuk misai udang kat dapoq kan? Tau tak, luka kecik tu sebenaqnya asbab Allah nak bagi pahala kat hang. Sebab niat hang ikhlas nak bagi suami dan anak-anak makan. 

Jadi, takkanlah yang kita dok gagahkan yang tak larat tu Allah tak bagi apa-apa. Allah kan Maha Melihat? Bukannya Allah tak tau kita penat gila balik keja. Rest assured, Allah pandang effort kita tu, insyaallah. Moga-moga dengan tu Allah berkatkan rumahtangga kita. Anak-anak tak banyak kerenah, hidup dipermudahkan, hati tenang, badan sihat, murah rezeki, macam-macam cara Allah boleh reward balik, bila kita ikhlas kerana Allah.

Alang-alang cerita pasai penat ni, ni aku nak bagi tabik spring kat golongan wanita. Sungguh ni.
Aku respect macamana bini aku dalam dok tak larat tak larat tu, pulun jugak masak walaupun simple-simple nak bagi kami makan. Aku respect macamana mak aku yang almost double umoq aku, still larat kemas rumah lepas orang berkumpui kat rumah kami (hangpa pernah try? Penat oi!). Aku admire mak mertua aku yang takdak suami, tapi boleh survive hidup kat kampung tanpa mintak-mintak kat kami (takut menyusahkan kami).

For that, aku doakan semoga Allah pelihara wanita-wanita solehah ni daripada api nerakaNya. Amin.
Aku rasa Ayen lagi rajin daripada aku. Haha. Tapi yang kami buat setakat iron baju, sidai kain, alahai, tu baru berapa percent ja kot daripada total keja nak kena buat kat rumah. Huhu. Sebab tu aku tulung jugak mana yang buleh sikit-sikit. Walaupun kain yang aku lipat huduh gila. Walaupun sekali sekala aku terpakaikan seluaq anak-anak terbalik. Tapi bini aku tak pernah komplen. Sebab dia tau, aku ja the best assistant yang dia ada. Kalau aku tak tolong, siapa lagi? 

So, nah, ni dia reply soalan macamana kehidupan seorang daddy beranak dua. Haha. Aku yakin, bukan kita ja yang hidup tunggang-langgang macam ni. Semua orang pun lalui benda yang sama. :) 

~ Parenting. If you’re not tired, you’re not doing it right!

No comments:

Post a Comment