Sunday 30 November 2014

Selangkah lagi...

Tidak disangka-sangka... tahun 2014 akan berakhir tak lama lagi. Ini bererti tahun 2015 bakal menjengah. Anak-anak turut membesar seadanya.

Tak sangka perjalanan darjah satu anak teruna saya telah pun tamat dan sesi pengajian bagi tahun ini ditutupi dengan majlis Hari Takrim pada 22 November yang lepas. Sebagai seorang ibu, saya rasa amat terharu apabila anak saya menjejak kaki di atas pentas menerima anugerahnya. Lantas saya rasa diri ini seperti ditampar dengan realiti...aduh..anakku semakin dewasa. Semangat yg tinggi ketika membuat persembahannya menyebabkan hampir2 bergenang air mata. Ya...semakin matang...Beberapa minggu sebelum majlis, anak dah praktis nyanyi2 kat umah. Tapi bila tengok dia btul2 buat persembahan....terasa amat gembira. Gembira dengan pencapaiannya.

Kemudian, keesokan harinya pula, majlis Ihtifal anak dara saya pula. Bersemangat membuat persembahan....anak dara saya turut dapat anugerah Best Reader Bahasa Melayu for 4 years old. Ya..tahun depan nak masuk lima tahun...oh oh...semangat nya di atas pentas diiringi dengan homemade baju kurung.. yeay..saya bangga sbb saya jahit sendiri baju anak dara saya...tiap2 hari selama 5 hari (dr isnin smpai jumaat) saya mengambil peluang sedikit masa di waktu malam/ selepas kembali dr kerja utk menjahit bajunya. Hari jumaat rehat panjang, saya ambil kesempatan untuk menyiapkan baju kurungnya. Gembira kerana dapat berkhidmat kepada keluarga.

Sabtu lepas, anak teruna bersunat. Tapi ibu dia yg nervous. Dua tiga malam duk terpikir mcm mana nanti anak saya tu. ..klakarnya...anak relaks je..ibu yg over. ...tp baguslah...mmg nak dia relaks..haru juga kalau dia cabut lari. Beberapa bulan sebelum event, dah bagitau siap2 nak bersunat. Dia pon asyik tanya2 org lain psal bersunat, tgk upin ipin lah...mungkin sbb tu dia lebih mentally prepared kot. Beberapa hari sebelumnya, saya dah maklum awal2 yg ibu tak boleh masuk, doktor tak bagi...saje bagitau awal..takut last minit dia teriak2 pulak. Tapi anak teruna cool. Bila saya berulang kali bagitau yang saya tak boleh masuk sama, dia pulak naik boring.

Bersunat kat klinik dekat umah je. Dah booked beberapa minggu sebelumnya. Sebelum tu ada saya survey2 tanya cara apa yang baik..maklumlah skang ada teknik clamping Lps dah timbang tara yg mana bagus. saya pilih cara konvensional dengan penggunaan diathermy (alat yg digunakan utk mematikan salur darah).... untuk cerita kaedah khatan..boleh baca di sini.

Kami tiba seawal jam 730 am. Saya beli roti suruh anak makan ringan. Sampai di klinik, kami daftar dan anak dapat giliran no 4

Anyway, masa tgh tunggu di luar, saya dah mcm tak keruan. Tengok mak lain pon sama mcm saya. Saya berbual dengan dua orang ibu yg lain. Mereka pon turut sama merasai perasaan gemuruh seperti saya...pakat anak teruna sulong/ tunggal nak bersunat. Fresh..masing2 tadde pengalaman lagi. Ini pengalaman pertama. Pakat tanya sesame sendiri mcm mana nak urus/ menjaga/ merawat anak lps bersunat...lps tgk sorg mak ni mata dah merah..saya pulak mcm nak turut serta.

Sorang..sorang budak keluar dr bilik doktor. Muka senyum2 takde nangis. Sorang ni siap berlari2....kesan bius agaknya. Saya berdebar menanti anak teruna saya.  Sebaik sahaja nampak anak teruna keluar bilik doktor... tak menangis...saya rasa mcm nak teriak...Alhamdulillah.... selamat (mcm org nk beranak lah pulak....)....hish, ni baru bersunat, belum nak bernikah..gamaknya lagi ibu dia berdebar...kalo anak dara saya tu..agak2nya bila dia dah kawin dan nak bersalin, ibu dia boleh pengsan kot.

Oh....beginilah perasaan seorang ibu... hal2 kecil mcm ni pon boleh nak nangis. Ya...baru lah mengerti kenapa arwah mak saya dulu juga penuh emosi melihat anak dia (yakni saya) membesar di depan matanya.

Tiba-tiba rasa janggal... dah semakin dewasa dah anak saya..dah bersunat. Satu lagi langkah baru dalam hidup saya....dan anak saya.

Cepat sungguh masa berlalu. Bila saya  mengimbas gambar lama anak teruna saya ketika lahir 7 thn yg lalu... sedih mengiringi....ya...tu tujuh tahun yang lalu. Masa tu halus lagi dikendong di tangan ibu.

Sekarang...

engkau semakin dewasa nak
hanya ibu dapat iringi raga dan doa untukmu
Moga engkau membesar menjadi insan yang bertaqwa di sisi Allah.
Anak2 soleh dan solehah...

Ameen


No comments:

Post a Comment