Thursday, 29 May 2014

Raising Young Caliphs: Part 4

bersambung dari Raising Young Caliphs: Part 3

DISCLAIMER: pengisian2 yang dikongsi ini adalah hasil olahan/ tambahan (elaboration) saya dari nota ringkas yg saya sempat catat dari pembentangan para penyampai  dan mungkin tidak memberi gambaran refleksi sepenuhnya apa yg benar2 disampaikan. Mungkin juga ada info yang tertinggal sbb tak sempat salin etc terutamanya pengisian Ustaz Zahazan sbb suara ustaz yang "base" itu menyukarkan saya untuk menyerap lebih banyak info...saya ada masalah pendengaran sket mendengar suara "base". Harap maklum

TIPS & PANDUAN MENYEDIAKAN ANAK MENJADI HAFIZ
BY DR MOHD SHAFIE
 
 
 video teaser promosi Seminar  Raising Young Caliphs oleh Dr Mohd Shafie B Hj Amin Al-Muqri'


 


SIAPA DR MOHD SHAFIE

Untuk pengisian kali ini, saya ingin memeperkenalkan speaker kita seterusnya iaitu Dr Mohd Shafie. Beliau mendapat pengajian tinggi di London School of Accountancy, UK dgn kelulusan ACCA. USaha menghafaz al quran bermula ketika beliau menuntut di London dan akhirnya beliau Berjaya menghafaz al quran pd usia 30 tahun. Melalui pengalaman yang dilaluinya, beliau telah merekabentuk satu system hafazan yang dinamakan AL-HUFFAZ bg membantu sesiapa sahaja yg berminat untuk menghafaz al quran tak kira kanak-kanak mahupun dewasa, samba ada yang telah mengenal al quran mahupun tidak dapat membaca.




 
 
Seperti dalam video di atas, semasa pembentangan Dr Mohd Shafie di seminar, beliau turut mengutarakan soalan cepu mas yang sama kepada kami

"Tuan2/ puan2 konfiden tak nak menghafaz al quran? pilih jawapan anda...
 A - konfiden
 B- ragu ragu
C tak konfiden langsung"

Masa ditanya, tadde sapa yg mengangkat tangan untuk jawapan "A" (konfiden)... ramai yang memilih jawapan "B" (ragu-ragu) termasuk saya dan beberapa yang kata "C" (tak konfiden langsung)
Saya tak nak lah kata saya tak konfiden langsung sebab kita harus mencuba dan selagi tak cuba kita tak tahu potensi kita..cuma nak kata konfiden tu agak payah buat saya sebab nak menghafal perkara yang mudah2 seperti hal2 kerja/ ilmu perubatan pon kengkadang susah....rasa mcm otak ni dah lemah.

Tapi...

JAWAPAN YANG BETUL ADALAH "A"

kalau orang tanya kita yakin ke tak nak hafaz al quran.. jd jawapannya
"INSYA ALLAH BOLEH"

sebab pe?
sebab Allah ada sama-sama kita
Allah akan bersama2 kita untuk membantu kita

"PIANGGGGG'
Terasa muka ditampar sebab yang pastinya kita kena konfiden dan yakin kita boleh menghafaz al quran dalam apa jua keadaaan sekalipun.

 Tempoh masa tu tak penting, nak hafal dalam masa setahun, dua tahun... tu belakang kira tapi yang penting...dan PALING PENTING / UTAMA DALAM NAK MENGHAFAZ AL QURAN NI ADALAH KEYAKINAN DIRI.

sebab Allah dah mewajibkan kita membaca dan mempelajari al quran.. jadi sudah tentu Allah akan memudahkan usaha kita untuk menghafaz....jadi jangan risau, jangan sedih...yakin boleh!!!














SURAH IBRAHIM: 1



 
TIPS UNTUK MENGHAFAZ AL QURAN

1. Niat

langkah penting yang mengiringi keyakinan diri adalah dengan memasangkan niat nak menghafaz al quran





"Ya Allah saya nak hafaz 30 juzuk al quran"

...mulakan dulu dengan niat walaupun di belakang kepala kita ada rasa tak konfiden.

2. Paksa diri
Bila kita dah niat nak hafaz quran, lepas tu kita kena paksa diri untuk menghafaz.
Hafaz beberapa perkataan sekali......
kita selalu letak dalam kepala kita yang menghafaz al quran tu susah.

dalam surah al qamar: Allah sebut sebanyak 4 kali bahawa belajar al quran ini mudah...


http://alqamar5417bm.blogspot.com/p/1-pengenalan-al-quran-senang-difahami.html

kena paksa baca banyak kali.. cadangan up to 200 kali

Syaitan akan mempengaruhi kita,
"Ah banyaklah nak hafaz"...."susah lah"...
"tadde masa lah".... "tak payah hafaz lah"

jadi kena ubah skrip dalam pemikiran kita.... terapkan dalam hati kita bahawa
"Saya boleh hafaz insya Allah"
"Insya Allah saya boleh buat"
... seni utk kawal pemikiran dan tindak tanduk kita......kita kena betulkan skrip dalam hati kita.

Pemikiran (mindset) datang dr bahasa dalaman kita "self talk"... bahasa dalam hati datang dr dua sumber
1. hidayah Allah
2. bisikan syaitan

pemikiran negatif akan melemahkan emosi kita.. maka tindak tanduk juga akan lemah juga.














3. Yakin dengan diri bahawa kita boleh menghafaz AL QURAN
--> kerana saya ada Allah, Allah jua akan membantu kita untuk menghafaz dengan syarat kita memang benar2 menginginkannya dan ikhlas.
--> beritahu diri sendiri bahawa belajar al quran itu fardhu ain berbanding dgn belajar fizik/ kimia yg merupakan fardhu kifayah, dengan adanya penerapan kepentingan sebegini, kita akan nampak kepentingan menghafaz al quran.

4. Didik  melalui "hati" dan bukannya "perkataan"
--> yakni mencari redha Allah dan bukan hafaz suka-suka sahaja

5. Attitude knowledge
--> tauhid 

6. Konsisten
hafaz sikit2/ perlahan2 tetapi konsisten...
satu ayat sehari..... mungkin Nampak lama tapi ia akan mengajar konsistensi berbanding dgn cubaan menghafaz banyak2 sekali, takut gugur di tgh jalan. Ulang ulang banyak kali.



"Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan."

- Surah Al-Isra' ; Ayat 70



Baca ayat 70 dari Surah Al-Isra', semasa baca letak tangan atas kepala, insyaAllah akan kuat ingatan.


 



PERSIAPAN MENGHAFAZ AL QURAN
 
1. Semangat yang kuat, memperbanyak-kan doa kepada Allah serta mendekatkan diri kepada Allah dengan memperbanyak-kan amalan baik dan menjauhi maksiat

2.Persiapan Mental
Perlu ditanamkan di dalam jiwa kita akan keagungan Al_Quran iaitu meyakinkan diri bahawa kita sedang melakukan sesuatu perbuatan atau amalan yang sangat mulia.b.
 
3. Ihtimam Terhadap Al_Quran
Sikap Ihtimam (perhatian penuh) akan mendorong untuk istiqamah di dalam proses menghafaz walaupun menghadapi rintangan besar.
 
4. Pandai Mengatur Waktu
Sekiranya kepentingan Al_Quran telah termaktub di dalam jiwa kita, Insya_Allah kita akan dapat mengatur waktu walau bagaimana sibuk sekalipun.
 
5. Tabah & Sabar Menghadapi Kesulitan Menghafaz
Allah swt mengurniakan hikmah dan mewariskan kitab_Nya kepada hamba-hamba_NYa yang bersungguh-sungguh, yakin & sabar di dalam menghadapi rintangan-rintangan di dalam menghafaz Al_Quran.Firman Allah swt
 
"Kemudian Kami wariskan kitab ini kepada hamba-hamba yang Kami pilih..
." (Surah Al_Faathir : 32)
 

 
2 IMPORTANT SKILLS
 
ATTITUDE
aku boleh buat!!!!
 
TECHNICAL
teknik/ kaedah yang betul dapat membantu penghafalan
 
SEMUA ORANG BOLEH
 
niat/ azam yang kuat
sebab Allah suruh
the best sunnah
the best leadership skills
the best education approach
guided by Allah
the best developing skills
 
 
CABARAN
 
susah
payah nak ingat
dah cuba tapi tak boleh
dah tua
 
 
SEBAB SEBAB LUPA

Hafazan baru yang tidak betul-betul mantap.
Bilangan ayat Al_Quran yang dihafaz pada sesuatu masa terlalu banyak.
Tiada jadual mengulang hafazan yang sistematik.
Maksiat yang dilakukan.
 



KAEDAH AL HUFFAZ
 
 
Terdapat buku panduan yang boleh dibeli di pejabat Darul HUffaz yang mengajar teknik hafazan, dan setiap frasa yang dihafaz diulang sebanyak 60 kali...
 
nape 60 kali?
otak manusia boleh mengingati sesuatu maklumat secara kukuh dengan pembacaan, ulangan atau hafalan sebanyak 120 kali. Walau bagaimanapun, 60 kali pembacaan, ulangan atau hafalan sudah dikira memadai untuk diterima oleh otak manusia. Jikalau anda berupaya untuk membuat pembacaan, ulangan atau hafalan sebanyak 120 kali atupun lebih adalah satu kelebihan buat diri anda sendiri. Ianya bergantung kepada keupayaan diri masing-masing.


D'Huffaz Bistro

 
 
 
 
 Beberapa pengajaran dari Ustaz Mohd. Shafie Al_Hafiz adalah seperti berikut :



 a. Menghafaz itu mudah
• Kaedah yang betul, memudahkan lagi penghafazan Al_Quran.
• Firman Allah swt "Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al_Quran untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran ?" (Surah Al_Qamar : 17)

b. Istiqamah
• Melatih kita berkekalan (Istiqamah) di dakam amalan kebaikan walaupun sedikit.
• Tanda Istiqamah ialah kita berterusan di dalam amalan kita walau bagaimana susah sekalipun.
• Jikalau kita sanggup beristiqamah di dalam perkerjaan, kita tiada alasan tidak boleh beristiqamah di dalam menghafaz Al_Quran yang mana menjanjikan kebaikan yang banyak.

c. Bersabar
• Melatih kita menghargai sesuatu benda yang sedikit, tidak tergopoh-gapah untuk mendapatkan sesuatu yakni menundukkan sifat keluh kesah, kerana konsep menghafaz Al_Quran ini adalah biar sedikit asalkan dapat dipegang hafalan itu dengan kuat & kukuh.

d. Mengasah Akal & Memberi Kekuatan Minda
• Melatih akal fikiran kita memberi tumpuan sepenuhnya kepada sesuatu subjek bagi menguasainya. Menghafaz Al_Quran perlu kepada minda segar dan tumpuan yang tidak berbelah bahagi. Latihan seperti ini amat berharga kepada kita kerana ianya memberi kekuatan minda yang mana Insya Allah kita berupaya menguasai perkara-perkara lain dengan mudah dan cepat.

e. Menanamkan Sifat Merendah Diri
• Menanamkan sifat merendah diri, kerana menyedari bahawa tanpa pertolongan Allah swt, kita tidak akan berjaya meletak-kan Al_Quran di dalam hati kita. Ini mengajar kita sentiasa bersyukur di atas segala nikmat yang dikurniakan, tidak takabbur di atas kelebihan yang diberikan oleh Allah swt kepada kita, samada dari segi kepandaian, kekayaan dll.

f. Melatih Menghargai Masa
• Aktiviti lagha (lalai) dapat dikurangkan , jika ianya tidak dapat dihentikan sepenuhnya.
• Al_Quran yang dihafaz boleh dibaca pada bila-bila masa seperti di dalam kereta, waktu berjalan, berzikir dll.

g. Sifat Kerisauan Terhadap Al_Quran
Penghafaz Al_Quran akan merasa risau jika sekiranya Al_Quran tidak diulang. Perasaan ini adalah merupakan satu rahmat yang besar yang dikurniakan oleh Allah swt kepadanya.



SAMBUNGAN NOTA:
 


No comments:

Post a Comment