bersambung dari Raising Young Caliphs: Part 2
DISCLAIMER: pengisian2 yang dikongsi ini adalah hasil olahan/ tambahan (elaboration) saya dari nota ringkas yg saya sempat catat dari pembentangan para penyampai dan mungkin tidak memberi gambaran refleksi sepenuhnya apa yg benar2 disampaikan. Mungkin juga ada info yang tertinggal sbb tak sempat salin etc terutamanya pengisian Ustaz Zahazan sbb suara ustaz yang "base" itu menyukarkan saya untuk menyerap lebih banyak info...saya ada masalah pendengaran sket mendengar suara "base". Harap maklum
DISCLAIMER: pengisian2 yang dikongsi ini adalah hasil olahan/ tambahan (elaboration) saya dari nota ringkas yg saya sempat catat dari pembentangan para penyampai dan mungkin tidak memberi gambaran refleksi sepenuhnya apa yg benar2 disampaikan. Mungkin juga ada info yang tertinggal sbb tak sempat salin etc terutamanya pengisian Ustaz Zahazan sbb suara ustaz yang "base" itu menyukarkan saya untuk menyerap lebih banyak info...saya ada masalah pendengaran sket mendengar suara "base". Harap maklum
KNOW YOUR CHILD
AND
THEIR POTENTIAL
TO SUCCESS
BY PUAN SABARIAH FARIDAH
DEFINISI "GIFTED"
"Gifted" bukan sahaja cemerlang akademik tetapi mempunyai kebolehan, kreativiti dan berbakat (having great talent and ability)
Pada suatu ketika, anak2 "gifted" ini definisinya hanya terhad kepada kecemerlangan akademik dan mempunyai kecerdasan (IQ) yang tinggi. Yang selainnya, diberi terma "talent"...anak2 yang pandai menari, menyanyi, bermain piano dikatakan "talent" dan bukannya "gifted". Definisi ini akhirnya diubahsuai mengikut kajian2 yang telah dilakukan.
The term "gifted and talented" when used in respect to students, children, or youth means students, children, or youth who give evidence of high performance capability in areas such as intellectual, creative, artistic, or leadership capacity, or in specific academic fields, and who require services or activities not ordinarily provided by the school in order to fully develop such capabilities." (P.L. 103–382, Title XIV, p. 388)
Identifying Gifted Children: A Practical Guide, Susan K. Johnsen
The phrase] "gifted and talented student" means a child or youth who performs at or shows the potential for performing at a remarkably high level of accomplishment when compared to others of the same age, experience, or environment, and who
exhibits high performance capability in an intellectual, creative, or artistic area;
excels in a specific academic field."
(74th legislature of the State of Texas, Chapter 29, Subchapter D, Section 29.121)
For many years, psychometricians and psychologists, following in the footsteps of Lewis Terman in 1916, equated giftedness with high IQ. This "legacy" survives to the present day, in that giftedness and high IQ continue to be equated in some conceptions of giftedness. Since that early time, however, other researchers (e.g., Raymond Cattell, J. P. Guilford, and Louis Leon Thurstone) have argued that intellect cannot be expressed in such a unitary manner, and have suggested more multifaceted approaches to intelligence.
Research conducted in the 1980s and 1990s has provided data which support notions of multiple components to intelligence. This is particularly evident in the reexamination of "giftedness" by Sternberg and Davidson in their edited "Conceptions of Giftedness". The many different conceptions of giftedness presented, although distinct, are interrelated in several ways. Most of the investigators define giftedness in terms of multiple qualities, not all of which are intellectual. IQ scores are often viewed as inadequate measures of giftedness[citation needed]. Motivation, high self-concept, and creativity are key qualities in many of these broadened conceptions of giftedness.
Joseph Renzulli's (1978) "three ring" definition of giftedness is one well-researched conceptualization of giftedness. Renzulli’s definition, which defines gifted behaviors rather than gifted individuals, is composed of three components as follows: Gifted behavior consists of behaviors that reflect an interaction among three basic clusters of human traits—above average ability, high levels of task commitment, and high levels of creativity.[1] Individuals capable of developing gifted behavior are those possessing or capable of developing this composite set of traits and applying them to any potentially valuable area of human performance. Persons who manifest or are capable of developing an interaction among the three clusters require a wide variety of educational opportunities and services that are not ordinarily provided through regular instructional programs.
CIRI-CIRI ANAK "GIFTED"
DAN
BAGAIMANA MENGENALINYA
Ini adalah antara ciri2 anak gifted yang saya sempat salin masa kuliah berlangsung....byk juga isi yg tertinggal disebabkan penyampaian yg laju dan ada masanya tuan diri hilang fokus....berkhayal pasal anak sendiri....dan agak rabun nak nampak slide di hadapan....
1. Belajar dengan persekitaran
2. Tak suka menghafal
3. Lasak/ ligat/ tak boleh duduk diam
4. Suka bertengkar dengan ibu bapa (sbb terlalu berfikiran kritikal)
5. Berdikari
6. Rasa keseorangan sebab dia rasa dirinya berbeza dari rakan sebaya yang lain
7. Sensitif dengan isu duni seperti peperangan, banjir dll
8. Senang berinterasi dengan orang tua
9. kurang tidur, suka berjaga malam
10. Suka bermain
10. Suka bermain
JENIS-JENIS ANAK "GIFTED"
1. Cemerlang akademik (successful)
2. Memberi cabaran (the challenger)
3. Yang senyap (the underground)
4. Yang pemarah (angry & drop out)
5. Istimewa (double labelled)
6. Autonomous (the autonomous learner)
7. Yang berlainan budaya (culturally diverse gifted)
(1) DAN (6) ---> cemerlang di sekolah
(2) DAN (4) ---> popular di kalangan rakan sebaya
MASALAH DENGAN ANAK-ANAK GIFTED
Anak2 gifted ada kalannya merupakan anak yang nakal di sekolah, tidak gemar melakukan kerja2 sekolah, seringkali membawa masalah kepada guru.....dan kata kunci utama dalam tingkah laku sedemikian adalah kerana mereka cepat bosan dan "boring" dengan aktiviti yg terlalu akademik. (academically focussed learning)...seperti post saya sebelum ini tentang ciri2 generasi Z dan alpha...kanak2 gifted gemar belajar dengan persekiran dan secara interaktif. Mereka akan tercicir (drop out) kerana suasana pembelajarannya tidak kena dengan cara dia.
Jadi sekiranya ada anak2 sebegini, kita harus meneliti anak2 kita, mencari potensi dia dan meyakinkan diri kita bahawa anak2 "ligat" kita ni sebenarnya "gifted".
PERANAN IBU BAPA UNTUK MENGHASILKAN ANAK PINTAR CERDAS
1. MASA MENGANDUNG
Pada peringkat awal mengandung janin dalam usia 26 minggu dipercayai dapat mendengar tutur bicara ibu bapa serta memberi tindak balas dalam bentuk pergerakan. Justeru itu kita sebagai ibu bapa adalah digalakkan untuk membaca surah tertentu dalam AlQuran seperti Surah Mariam, Surah Yusuf , Surah Lukman bagi mendapatkan anak yang baik dan pintar. Semasa proses awal mengandung ibu bapa juga perlu untuk mengawal emosi agar tidak cepat marah, terlalu sensitif dan sebagainya agar anak yang dikandung tidak meniru sifat sifat yang negatiF tersebut.
2. PERINGKAT ANAK 0-2 TAHUN
Pada peringkat ini, ibu bapa perlu untuk kerap berinteraksi dengan bayi yang baru dilahirkan seperti memberi sentuhan kasih sayang seperti mengurut badan anak, membelai anak dengan manja, mendodoikan anak yang hendak tidur serta kerap membacakan buku ketika bayi hendak tidur. Ini adalah untuk merangsang bayi yang baru dilahirkan ini ke arah pembentukan anakanak yang pintar.
3. MERANGSANG MINDA ANAK KETIKA USIA 2-6 TAHUN
Kebiasaannya pada peringkat umur 2 hingga 6 tahun, anakanak suka untuk bertanya sesuatu untuk mengetahui. Justeru itu sebagai ibu bapa adalah perlu untuk melayan setiap pertanyaan anak dan juga memberikan peneguhan yang positif dan jangan sesekali sebagai ibu bapa kita melabelkan anak kita bodoh, malas dan sebagainya. Ini kerana apa yang diucapkan oleh setiap ibu bapa adalah satu doa. Dari segi permainan hendaklah kita memberikan permainan yang membina keyakinan seperti permainan yang mencabar minda seperti puzzle. Menghafal doa juga merupakan satu kaedah yang positif bagi membentuk kanak kanak menjadi pintar cerdas.
4. MERANSANG MINDA ANAK 6-10 TAHUN
Pada peringkat ini ibu bapa perlu untuk memberi semangat dan juga dorongan yang kuat kepada anakanak terhadap aktiviti yang mereka minat. Jangan sesekali kita sebagai ibu bapa membunuh minat mereka untuk mengetahui sesuatu, ini akan membantutkan harapan untuk menghasilkan anak yang pintar. Kita juga perlu untuk menggalakkan anakanak kita untuk menduduki ujian IQ bagi menilai tahap kecerdasan mereka. Ini juga mendorong mereka untuk lebih maju dan menjadi pintar. Kita perlu juga untuk membimbing mereka ke arah tingkah laku yang positif.
Oleh itu kita perlu menunjukkan contoh kepada anak anak dengan melakukan sesuatu yang positif dan menjauhi perkara yang negatif.
PERANAN IBU BAPA UNTUK MENGGILAPKAN POTENSI ANAK
1. MEMANTAU ANAK DAN MEMBERI SOKONGAN
2. MEMBERI RANSANGAN KEPADA BAKAT DENGAN MEMBERI TUNJUK AJAR DAN HALA TUJU YANG BAIK SERTA ISLAMIK.
3. MEMBERI PUJIAN& GALAKAN
4. MENJADI RAKAN KEPADA MEREKA
5. HANTAR KEPADA GURU2 YANG BOLEH MEMBANTU MEREKA
6. MERANCANG AKTIVITI
7. MENDOAKAN KEJAYAAN ANAK-ANAK
8. MEMBESARKAN ANAK-ANAK DALAM SUASANA AL QURAN DAN SENTIASA MEMPERDENGARKAN BACAAN AL QURAN
9.HIDUPKAN SUASANA ISLAMIK DI RUMAH
WHAT KIND OF A TEACHER/ PARENTS DO YOU WANT? |
Pn Hjh atau panggilan mesra Kak Fari di kalangan operator LC memberi penekanan tentang peranan ibu bapa dalam menggilap potensi anak dan jgn sesekali membunuh minat mereka |
BERIKUT ADALAH VIDEO SI CILIK BERGADUH DENGAN IBU BAPANYA
Kalau kita lihat kedua2 video tersebut, dari satu sudut, ia menunjukkan anak2 itu sangat cerdik dan pandai menjawab kepada soalan2 ibu bapanya. Mereka suka berdebat dan menguji kesabaran org tuanya. Mereka mengikut/ mengimitasi gerak geri orang dewasa seperti mencekak pinggang dan meniru perkataan2 yg disebut oleh org tuanya....
Video kedua itu disiarkan oleh Kak Fari masa seminar ni....
Masa Q&A, salah seorang perserta bertanya (berkaitan dengan video di atas).......
Anak2 yang gemar bertanya dan outspoken merupakan anak2 gifted. Macam anak2 mat salleh kadang nampak bijak tp kadang2 nampak kurang budi bahasanya...Jadi ia mungkin dipandang sebagai kurang ajar oleh segelintir golongan terutamanya kita Melayu yg menitikberatkan soal adab dan budi pekerti. Bagaimana kita ingin menangani hal demikian?
Jawapan kak Fari sangat mudah....
Bawa Islam ke dalam diri anak-anak. Kita didik anak-anak kita dengan cara Islam. Dengan ajaran Islam yang sempurna, anak-anak akan kenal yang mana baik, yg mana buruk...yg mana patut...dan yg mana tak patut...Itu kunci utama.
Ingat.....
anak nakal sebab boring
anak pemarah sebab sering dimarahi
anak tidak mengikut arahan sebab tidak ada orang peduli
BAHAN BACAAN LAIN:
1. Anak gifted @ Kotak Kecil (ciri2 anak gifted)
2. Karekteristik anak berbakat istimewa - gifted child @ Welcome to the Gifted World (ciri2 anak gifted)
5. 50 common characteristics of gifted children (other link)
6. Gifted Learners: A Closer look who they are and what they need (and myth about gifted too)
SAMBUNGAN NOTA:
No comments:
Post a Comment