Saturday 23 November 2013

washing machine baru

Yeah dpt washing machine baru...bukan saje2 suka2 nak tukar mesin basuh tp sbb mesin basuh tu dah bocor dan bunyi bising. Asalnyer bunyi bising masa spin tu dah lama...dah setahun dah.ingatkan nak juga panggil org baiki masa tu tp sbbkan mesin basuh boleh je jalan mcm biasa...jd ia dibiarkan sahaja...basuh baju mcm biasa..cuma ms spin dia sgt bising. Tapi akhirnya setelah lama bertahan...mesin bocor pula. Dsbbkan mesin kat dapur..kalau dibiarkan nanti banjir pulak rumah..kalau boleh diletakkan dalam toilet atau luar/blakang rumah..agaknya saya dah biarkan dan terus guna. Tapi kami takde tempat lain selain dalam dapur...jd itu petandanya kena baiki/ tukar baru.

Kami panggil org dtg tengokkan mesin..rupa2nya gearbox dah bocor dan berkarat. Nak ganti baru..kos dalam rm400-500. Suami kata tak berbaloi sbb beli mesin tu murah dan secondhand dr kakak saya. Lagipun dah tiba masanya kami "upgrade" mesin basuh sbb baju dah semakin byk. Jadi cari yg baru lah jawabnya.

Mesin basuh lama jenama Samsung ni berusia 10 tahun. Fungsi asas 7kg. Dah byk berjasa dengan keluarga kami...dengan kakak saya sempat 4 tahun...pastu mesin ni dihand down kpd saya apabila saya baru kawin dan baru pindah ke sini...masa tu sedang elok kakak nak upgrade washing machine dia dr 7kg ke 10kg..jd kami dpt secondhand...masa tu 2007. Kami lak pakai smpai lah ke tahun ni...6 tahun. Memang sayang.Dia dah banyak berjasa..siap boleh basuh toto!!

Ramai yg komen kata mesin basuh samsung tak tahan lama...baru pakai beberapa tahun dah rosak. Tapi alhamdulillah mesin basuh samsung kami ni tahan lama dan tak pernah rosak sehingga kali ini. Bocor dan bunyi bising sbb berkarat je..kalau ikutkan motor elok lagi cuma nak tukar parts tu yg mahal....

Mesin basuh samsung yg byk berjasa

Kami takde survey lama2 sbb memang nak pakai. Dua tiga hari tu tumpang basuh kat umah kakak. Kami tgk lingkungan harga melalui internet dan pergi ke carrefour utk buat perbandingan harga. Takde brand specific...cuma yg biasa dgr mcm samsung, panasonic, toshiba dan LG. Asal tahan lama dan nak cari kapasiti 10kg. Pastu cari kedai jual peralatan eletrik yg dekat dgn rumah utk jenguk2 skali.

Smpai satu kedai kami terus tanya2. Dia tanya nak korea ke jepun? Korea termasuk samsung dan LG... jepun brand toshiba dan hitachi... promoter tu byk promote brand jepun hitachi...toshiba bagus tp dia kata ada banjir tahun 2011 dekat dgn kilang toshiba di thailand jd takut toshiba since then akan ada masalah dengan parts dia. Kalau tak..toshiba bagus. Samsung dan Lg pon okay juga cuma teknologi dia berbeza. Samsung sbb dia hebat dalan teknologi skrin utk tv dan telefon bimbit jd washing machine kurang sket.
Saya mula2 berkenan nak amek samsung sbb reka bentuknya yg lawa...haha..perempuan kan suka tgk rupa reka bentuk dia...samsung pon murah sket. Lagipon washing machine yg lama pon brand samsung, jadi saya dah biasa dengan brand tu.

Tapi promoter ni promote brand hitachi ni habis habisan...dia kata ramai customer dia ambik brand tu...warranty motor 10 tahun. Interiornya, hitachi ni drum dia stainless steel dan ada lekuk2 utk "menyental" baju (mcm style papan basuh baju tu, yg org dulu2 slalu pakai utk basuh baju)...berbanding dgn brand lain yg biasanya interior dia licin je...jd dia kata baju akan dibasuh lebih bersih...ye ke ada effect...

Akhirnya disbbkan hitachi nampak menarik..kami pon buat keputusan utk amek hitachi load 11kg (dia tadde 10kg)....yg paling penting warranty 10 thn utk motor dia. Tak boleh nak komen sgt sbb baru pakai. Setakat ni puas hati. Yang best boleh basuh toto. (Dulu pon basuh toto gak tp dlm ruang yg terhad jd main sumbat je...ntah ntah sbb tu rosak..oooppss)... anyway harapnya hitachi ni tahan lama lah.

Mesin basuh baru hitachi 11kg


5 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah setakat ni dah pakai dua tahun dan masih bertahan. boleh basuh toto dan seangkatan dengannya.
    Harga tak brapa nak ingat, yang pastinya RM1000+. mungkin kena korek balik resit. Harap adalah sebab warranty masih ada. Tapi harga dulu dan skang tak pasti sama ke tak...boleh cek,,,

    ReplyDelete
  3. sis function dia ape yg bes.boleh delay nk basuh tak kut 5jam delay .boleh drain macam mesin semi x

    ReplyDelete
  4. sis function dia ape yg bes.boleh delay nk basuh tak kut 5jam delay .boleh drain macam mesin semi x

    ReplyDelete