Thursday, 13 June 2013

Welcome Miftah

Tanggal 30 mei 2013, jam 1248am, saya selamat melahirkan anak ketiga kami, baby boy, 2.95 kg. (Yg terberat so far)

Pada peringkat awal kehamilan..sy tak lepas dr mengalami alahan mengandung yg teruk (morning sickness). Setakat ni semua anak mcm tu...melepet aje smpai sy terpksa MC 2 minggu. Sebenarnya saya keberatan nak MC lama2 jadi saya membuat permohonan cuti rehat tp tidak diluluskan oleh incharge saya. Bukan dia tak nak luluskan mcm mana, tp dia kata saya dah memang sakit jd baik amek MC je. Tapi x boleh MC lama2 jd saya mohon agar ditempatkan di K1M sbb masuk waktu kerja sedikit lewat jd awal pg sy ada masa extra utk berehat. Saya bawa kereta perlahan2 dek kerana pening dan mabuk..kdg2 menahan loya & muntah di dlm kereta..dalam kereta dan dlm handbag saya banyaknplastik kosong in case nak uweks. Saya memandu di laluan paling kiri...hanya 60-70kmj..smpai lori pon potong saya! Bila petang kurang pening baru drive laju sket hehe.

Antenatally sy check kat klinik saya sahaja tp di penghujungnya, saya booking di azzahrah bangi. So far takde masalah besar malainkan anaemia (darah merah kurang). Sepanjang hamil sy aktif cuma travelling ulang alik ke Seremban sgt memenatkan. Jadi saya sgt bernasib baik kerana ditugaskan di klinik1Malaysia sepanjang tempoh kehamilan sy.
Sebut psal aktif ni, sehingga saat nak bersalin, sy sempat berjalan ke expo home deco dan ke ikea. Al maklumlah umah baru diubahsuai sedikit jadinya nak tmbah sikit rak di rumah. Anyway, sy dah mula ambil cuti rehat masa minggu ke-38 disbbkan benar2 dah x larat nak bawa kereta berulang ke Seremban.

pagi 29 mei tu saya buat kerja umah seperti biasa. Bila nak solat zuhur,cek2 rupanya ada sedikit lendir bercampur darah (show). Saya agak berdebar ketika itu..tak tahu nak buat apa sebenarnya. Yelah mmg lah saya ni doktor tp saya sendiri x pernah melalui pengalaman bersalin secara spontan begitu. Anak pertama & kedua, dua2nya kena admit utk induction of labour (IOL) sbb anak kecil (IUGR/SGA). Anak first kena prostin x1, anak kedua pon admit utk IOL tp x kena prostin sbbkan masa VE (vaginal examination), os (pangkal rahim) dah terbuka 4cm jd masuk labour room trus air kutuban dipecahkan dan di'augment'kan dengan pitocin. Anak ketiga takde plan utk admission sbb saiz baby normal.

Bila dah turun 'show', sy x pasti sama ada labour saya akan cepat atau lambat. Tak tau nak jangka mcm mana. Saya meng'google' mencari kebarangkalian utk bersalin slps turun 'show'. Ada yg cepat, ada yg lmbat. Disbbkan sy masih belum rasa sakit, sy solat, membaca surah Maryam dan smbung membuat kerja rumah. Memandangkan masih ada beberapa kerja yg tidak selesai, saya cuba menyegerakannya. By the time Asar, sakit mula tiba tp selang2 setengah jam. Saya sempat ke Econsave dan mengambil anak2 di tadika/taska. Aritu suami ada kelas pengajian waktu mlm jd sy x beritahu suami tentang hal bersalin takut suami panik dan tak nak mengganggu kelasnya. Slps maghrib sakit semakin kerap, selang 20 minit. Saya ingatkan nak hntar anak pergi mengaji tp x jadi sbb hujan lebat. Maka sy duduk berehat di rumah menunggu suami pulang. By isya sakit dah selang 15 minit. Nasib baik x lama lps tu suami pulang. Saya pon mengajak suami ke hospital...suami sempat makan mlm dan mandi. Suami mcm x convince sbb tgk sy relaks aje...yelah tu...duk tahan sakit. Saya pon x berapa pasti tp baik pergi check je. Nnt tgh malam menggelupur sakit lagi naya.

Kami bertolak ke rumah kakak utk tinggalkan anak2 saya di sana sblm ke hospital. Tp kami suami isteri sempat juga bersembang sakan sehinggakan kakak saya kata nih bukan kecemasan..x rupa cam nak beranak je. Tp sebenarnya sakit saya semakin kerap..tgh sembang tu smbil menahan sakit...akhirnya bergerak ke hospital jam 1135pm. Sakit semakin kerap selang 10 minit. Suami sempat singgah stesen minyak utk isi minyak sbb dia tgk sy cool aje. Tp ms menunggu nak isi minyak tu dah agak berpeluh menahan sakit. Sakit sela 5 minit. Smpai di hospital jam 12 tgh mlm. Suami masih teragak nak pergi check...saya kata takpelah..cek dulu,kalo dia suruh balik kita baliklah....

Di azzahrah saya dibawa ke tingkat dua utk pemeriksaan. CTG dipasang dan smbil2 tu bersembang ngn suami. Makin lama makin sakit smpai akhirnya saya tak mampu nk berbual ngn cik abg sbb sakit sgt. Bidan dtg tgk contraction dah kerap dan kuat dah 4:10. Bidan baru siap2 nk VE, tiba2 air kutuban pecah. Cek2 dah 7 cm. Apa lagi nurse cepat2 siapkan sy dan tolak ke bilik bersalin. Suami ketika itu mcm x percaya yg saya dah nak bersalin. Agaknya terkejut kot sbb awal2 duk tgk sy relaks je tup tup nak beranak dah.
Naik katil, nurse pon dtg nak bagi ubat berak. Sy tanya xpe ke sy ni ambil ubat berak dan pergi toilet sbb nnt takut terberanak dlm toilet. Nurse kata xpe...tp baru sempat nurse masukkan ubat pertama (selalunya masuk 2 ubat)..sy dah rs cam nak meneran. Saya heran adakah sy nak bersalin atau nak membuang sbb baru diberi ubat. Bidan pon mula2 menyangka sy nak buang air besar. Tp melihatkan keadaan sy yg sgt sakit, bidan pon cek sekali lagi....dah fully rupanya. Kelam kabut panggil doktor oncall (doktor sy tadde haritu sbb dia bercuti). Doktor pon smpai saya pon meneran sekuat hati....keluarlah baby comel...suami sy dpt potong tali pusat baby. Lps baby dibersihkan suami pon mengazankan baby. By the time pukul 2am, dah habis jahit,nurse dah bersihkan saya, kami semua dibawa ke wad.

Saya perasan bersalin baby boy mmg nifasnya byk dan sakit lukanya lebih. Agaknya inilah yg org2 tua maksudkan....kalu bersalin anak lelaki lebih byk urat putus. Sy demam lps beberapa jam bersalin...menggeletar x terhingga...mungkin juga bentan sbb masa lps bersalin saya minum air masak..air tu air biasa bukan air sejuk tp disbbkan dah duduk dalam aircond lama,mgkin agak sejuk2 kuku (mcm suam2 kuku)...lps minum tu yg menggeletar seluruh badan. Pas2 tu trus minum air panas...baru lega badan...ptg tu kami berdua dibenarkan pulang....dan mulalah sesi berpantang saya (saat paling sy x suka sbb mcm2 xleh buat hehe..sabo aje lah)...

Welcome Ahmad Miftah bin Mohd Fahmi. Abg Mujahid dan kakak Insyirah excited tgk ada baby baru.


5 comments:

  1. Slm Dr. anak saya juga SGA..dilahirkan hanya seberat 2.25kg pada usianya 39 minggu 5 hari. boleh Dr terangkan perbezaan bayi SGA DAN IUGR. padahal saya tiada masalah kencing manis maupun darah tinggi. bolehkah anak saya membesar seperti anak-anak lain. perlukh sebarng ultrasound otaknya untuk melihat perkembangan kognitifnya?..saya tidak melalui IOL walapun beberapa org nurse yang memeriksa perasan dengan fundal height saya yang tidak selari dengan usia kandungan. sehinggalh padausia 39 minggu seorag nurse menashati saya berjumpa dr...tolong saya dr......

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum puan

    SGA ni merujuk kpd janin yang kecil berbanding usia kandungannya. Ia adalah satu terma umum yg merujuk kpd janin kecil. Biasanya janin yg kecil mungkin disebabkan oleh baka kecil juga (mak ayah kecil/ rendah)

    IUGR pula ialah janin yang terencat pertumbuhannya yg disebabkan oleh sama ada factor genetic atau persekitaran.

    Meskipun sering kali istilah IUGR dan SGA digunakan saling bergantian (interchangeably), namun kedua istilah tersebut tidak sama.

    Antara IUGR dan SGA banyak terjadi salah pengertian karena definisi keduanya hampir mirip. Tetapi pada SGA tidak terjadi gangguan pertumbuhan, bayi hanya mempunyai ukuran tubuh yang kecil. Sedangkan pada IUGR terjadi suatu proses patologi (masalah) sehingga berat badan janin tersebut kecil untuk masa kehamilannya.Bayi-bayi SGA pertumbuhannya kurang dari 10th centile. Seorang bayi yang baru lahir biasanya disebut sebagai SGA ( Small for gestational age) utk standard populasi yg mana ia kecil pada dasarnya namun tetap normal (contohnya dilahirkan oleh orang tua yang kecil dan/atau berasal dari populasi etnis tertentu yang lebih kecil dari populasi yang dijadikan acuan.

    IUGR merupakan janin yang tidak mencapai pertumbuhan yang potensial karena faktor genetik atau lingkungan. Bayi dengan IUGR tidak mengikuti pola pertumbuhan prenatal yang diharapkan dan merupakan pathological condition. Penyebab IUGR dapat dibagi menjadi faktor fetal, plasental, atau maternal , serta kombinasi

    Selalunya anak2 IUGR akan membesar catch up apabila di luar rahim.

    ReplyDelete
  3. sekiranya nurse mendapati fundal height kurang dr sepatutnya, ibu harus dirujuk kpd doctor utk pemeriksaan lanjutan. Dan andai pemeriksaan scan didapati ternyata janin kecil dr usia yg sepatutnya mengikut graf pertumbuhan yang sepatutnya, rujukan ke pakar akan dibuat. Pakar akan membuat detailed scan dan Doppler utk mengenalpasti sebab2 IUGR. Doppler utk mengesan peredaran darah pada uri dan tali pusat janin. Pemantau demi pemantauan akan dilakukan. Sekiranya kritikal dan memerlukan, mungkin si ibu terpaksa bersalin awal.

    Anak yg kecil ini biasanya akan catch up dan membesar seperti biasa di luar rahim. Pertumbuhan mereka terbantut hanya di dalam rahim kerana hadirnya faktor penghalang...tetapi ini berbeza sekiranya faktor yang membantutkan adalah faktor genetik..

    Anak2 yg lahir akan melalui pemeriksaan berkala di klinik kesihatan kerajaan. pemeriksaan termasuk imunisasi/vaksin, ukuran anthropometri (berat, tinggi/panjang, bmi, lilitan kepala), perkembangan fizikal, kognitif, motor kasar (gross motor), motor halus (fine motor), percakapan (speech) dan sosial. (developmental milestone). Graf pertumbuhan akan dicatatkan/diplotkan. Sebarang masalah yg dikenalpasti akan dirujuk kepada doktor utk pemeriksaan lanjutan.

    Sekiranya puan risau tentang anak puan, puan bolehlah merujuk ke mana2 klinik/ doktor.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih Dr..lama saya tunggu Dr.reply..Alhamdulillah Dr. reply juga. Alhamdulillah saya nampak anak saya baik2 saja cuma kurus saja..sedih juga tengok anak orang lain gemuk..saya ada membuat temujanji dengan Dr. di hospital saya bersalin untuk melihat perkembangannya pada usia 8 bulan. sekarang dia berusia 3 bulan. Saya harap anak saya baik2 saja..moga dia jadi anak yang solehah dan bijak..

    ReplyDelete
  5. takpe...yang penting dah dapat temujanji dengan doktor. pastikan anak dapat imunisasi yang sepatutnya, mendapat pemeriksaan doktor secara berkala dan diberikan susu badan. (disarankan menyusu badan secara exclusive selama tempoh6 bulan). InsyaAllah...semoga segalanya dipermudahkan buat puan sekeluarga.

    ReplyDelete