Skali lagi internet menjadi sasaran utk mencari idea dekorasi rumah. Teringin nak letak frame gambo hiasan. Pastu dah lama nak cari almari buku nak letak dlm bilik bwh (bilik solat) satu dan kat ruang tamu satu. Nak cari meja study, nak cari frame ayat quran/ khat kufi. Byk lagi plannya tp memandangkan aritu dah reno rumah dan tukar grill, terpaksalah catu bajet. Yelah org kata nak bg rumah lawa kena lah berbelanja lebih tp pd saya benda tu x urgent mana. Jadi boleh pilih nak beli yg mana dulu lah.
Kami survey merata tmpt cari rak buku. Sbbkan dinding warna ungu cair, jadi rak sesuai warna putih. Jenuh juga nak mencari rak warna putih ni. Rata2 kedai perabot tak byk modul yg display, ada pon dlm katalog. Saya suka tgk yg display sbb boleh tahu quality dia. Tp harga mahal sgt lah. Kayu pon bukannya solid. Byk pakai compressed chipwood. Kalau yg elok, harga pon sgt mahal, lari pula bajet. Nak buat camne..nak elok tp harga murah (berpatutan)...memang payah lah.
RIBBA frame |
Last2 pergi ikea. Saje survey kat ikea. Nampak mcm menarik gak..harga pon okaylah. Yg penting within bajet. Habis separuh hari juga jalan2 kat ikea. Tp ms tu mcm undecided..nak ambik ikea ke nak amek kat kedai perabot. Jadi hari tu, kami pergi beli frame gambo aje lah. Ingatkan nak letak gambo2 hiasan, bg dinding ceria.
Lps seberapa lama kami berfikir, kami membuat keputusan utk ambil dr ikea aje. Kami pilih almari product line "BILLY". Hari sabtu tu kami pergi ikea sekali lagi. Kali ni x pusing lama sbb dah tau nak cari apa. Kami terus ke gudang dia nak ambil almari kami, tp malang skali, salah satu almari yg kami nak takde stok. Amatlah kecewa. Almari tu panjang kompem x muat kereta..jadi kena amek servis penghantaran dia (home delivery). Tp kalau satu almari ada, almari lg satu plak takde stok, rugilah sbb kena buat penghantaran dua kali. Satu perjalanan penghantaran kosnya RM70. Jadi kami pon pulang ke rumah dgn hampa dan tgn yg kosong. Kami bercadang utk berkunjung skali lagi utk dptkan stok almari tu. (Haish...dlm sarat2 mengandung ni, sibuk berjalan merata)
almari yg kami beli "BILLY" |
Minggu berikutnya skali lg kami ke ikea nak beli almari buku tu. Kami check dulu dlm internet tengok ada stok ke tak. Kompem ada baru pergi. Suami masa tu cam risau jugak bwk saya yg dah sarat ni berjalan merata..masa tu saya dah 38 minggu..dah start cuti dah pon. Tunggu masa nak bersalin aje. Alhamdulillah dapat 2 rak buku yg dah lama tercari2.Kami suruh dia buat home delivery sbb almari tu besar dan panjang, tak muat nak masuk kereta kami. Selok2 je home delivery sampai keesokan harinya.
Bab nak cari khat kufi tu, kami ada singgah kedai kat bangi. (Kufi store by Karya Kufi blog dan facebook)...Yg tau pon sbb jmpa webpage dalam fb. Nak order kot fb pon boleh. Byk jugak yg jual khat kufi ni tp harganya mahal. Sbbkan bajet, tahan dulu lah. Lagipon suami mcm x berkenan..dia nak cari khat biasa.
Pastu masa cuti umum Hari buruh aritu {1/5/13), kami pergi ke Homedec Exhibiton kat KLCC. Kononnya pergi sana nak mencari idea2 serta produk yg boleh memberi ilham untuk menghias rumah. Besar betul homedec expo ni. expo dia dibahagikan mengikut seksyen seperti barang perkakas elektrik, barang dapur, hiasan luar rumah etc. Siap ada demo swimming pool lagi. Ada beberapa tempat offer exterior designing seperti design taman di luar kawasan rumah...cantik2 design dia. pastu ada akuarium yg digunakan sbg hiasan dan hiasan divider ruang rumah... memang lawa tapi harga sgt mahal....masa display tu, paloing murah dalam rm10k. Nak cari gambar hiasan tapi x jumpa yg berkenan, yg ada print out portrait atas canvas..menarik tp mahal. Teringin lak nak letak roman blind kat dapur tp tak jadi... nntah lah sbb apa. singgah sebentar kat booth wallpaper....pusing2 kami hanya bawak balik water filter coway basic..haha...
sebenarnya dah lama nak cari water filter ni tapi tak tercari...ni gara2 sbb tgk air masak dalam jag asyik ada keladak je. ada survey2 yg murah je mcm brand panasonic, pensonic, double filter biasa..smpailah yg ke mahal mcm amway hexagon, hijrah, coway...tapi dorg byk yg jenis ada alkali lah, oxygen water lah...kami nak basic je sbb satu mahal, kedua tak kisah sgt fungsi yg lain ni asalkan bleh filter.. mula2 dah target nak amek panasonic atau amway hexagon sbb dia nmpak lawa dan review kata okay. Pastu heboh pulak psal ada satu part of filter yg material dia seramik. ada kata tak halal sbb ada sesetgh seramik dia campur serbuk tulang haiwan esp khinzir...ala mcm kes pinggan makan seramik, china bone. jadi byk penapis air guna seramik sbg salah satu komponen material untuk menapis air ni. jadi melilau pulak kami nak cari yg ada persijilan Halal JAKIM. Tak byk pilihan lah, yg saya tau Hijrah dan Coway. Ada few local brand lagi tapi saya tak ingat. Pikir punye pikir memang nak amek Coway...tapi sbb harga mahal kami tangguhkan dulu.
Jadi masa exhibiton homedec tu, kami terserempak dgn booth Coway Basic. kami tengok produk yg dorg promote lain drpd produk coway yg kami biasa tengok. Sebelum tu kami dah terserempak dgn booth Coway lain. rupa2nya coway basic nih adalah subdivision lain. dorg still coway tp product line dorg lain. masa tu terserempaklah dgn water filter coway basic nih... ahah...excited kami sbb filter mcm ni lah yg kami cari..simple...murah...dan paling penting ada tanda HALAL JAKIM. JAdi kami dgn berbesar hati cekuplah satu utk dibawa ke rumah....TamaT
Deko2 rumah ditangguhkan setakat tu...sbb saya bersalin...hehehe
No comments:
Post a Comment