Sunday 10 February 2013

cat rumah

Nak cat rumah ni sbb anak dah banyak conteng2 dinding. Penuh dgn hasil tangan mereka. Org dtg umah asyik tegur je. Kadang2 rasa kelakar gelihati tengok hasil lukisan dan contengan mereka. Tapi nak buat camne, dah mmg itu cara mereka mengekspresi kreativiti mereka.

Berminggu minggu juga survey nak cat ruang tamu rumah warna apa. Bukan sbb apa, langsir dah warna kelabu muda, jd nak cari warna yg sesuai dan boleh matching dgn langsir. Takkan pulak nak tukar langsir dan sofa. Banyak lak belanjanya gitu. Jadi kenalah cari cat yg bolwh masuk dgn warna langsir dan sofa. Kamj nak warna yg ceria. Masa mula2 masuk rumah tu, kami cat warna white apple, warna putih yg ada sedikit warna kehijauan. Tapi lama2 rasa jemu dgn warna tu, nak cari warna ceria.

Antara brand yg ada utk cat ialah Dulux, Nippon, Kcc, colourland, jotun

Kami byk survey secara online tgk idea2 yg ada. Juga masuk website cat2 yg ada spt Dulux, Nippon paint...utk melihat spectrum warna yg ada. Antara calon2nya ialah hijau, biru dan ungu. Selepas beberapa kali membuat simulasi warna secara online dan tgk2 gambo yg ada, saya pon berkenan dgn warna ungu, warna yg lembut, sejuk tapi ceria. Kemudian cari brand cat yg ada warna ungu spektrum yg diingini..so kami pilih nippon.

Untuk ruang tamu, kami memilih dua tona berbeza, warna ungu cair (nippon satin glo - pale pansy) dan warna ungu gelap (nippon satin glo - full wine). Warna gelap utk featured wall (dinding tumpu).Dan utk bilik bawah kami pilih warna hijau nippon satin glo green grape. Kami pilih warna hijau sbb nak buat ruang solat di bilik tu.




Cat ni ada beberapa jenis
1. Cat coating/ undercoat - utk lapisan dalam (base/ foundation)
2. Cat biasa - dulux pentalite, nippon vinilex easywash - cat biasa, tekstur nya sedikit kasar, tidak licin dan tidak berkilat.
3. Cat kilat - dulux pearl glo, nippon satin glo- harga sedikit mahal sbb dia lebih cantik, tekstur yg licin dan sedikit berkilat
4. Cat besi/kayu - utk besi dan kayu sahaja, cat dia glossy
5. Cat bumbung - untuk atap sahaja
6. Cat luar -weatherbond - utk dinding luar rumah
7. Cat apoxy -

Barang2 yg diperlukan
1. Berus cat & batang kayu- berus ada pelbagai size, berus lain utk cat warna lain, ada byk jenis - nak senang pakai roller atau sponge. Kayu utk cat tmpt yg tinggi, hard to reach places.
2. Paint pan - tmpt utk tuang cat
3. Surat khabar, masking tape (utk "lining"kan bahagian runcing dinding agar sempadan cat kemas)
*thinner tak perlu utk cat jenis ni sbb dia water-based. Jadi berus2 semua boleh basuh dgn air. Thinner hanya utk cat kayu/besi.


Harga di kedai saya beli ~ ni harga anggaran je, tak ingat harga tepat (ni antara kedai yg jual harga sedikit murah)
Berus (x2) + pan = RM 10
Cat 1 liter (nippon satin glo) = RM 31
Cat 5 liter (nippon satin glo) = RM 95 (tmpt lain ada yg RM 110-120)
Cat 5 liter (biasa/ pentalite) = RM 70
Cat undercoat 5 liter = RM 30

Kebiasaannyer warna gelap lebih mahal sedikit. Tapi tmpt yg saya beli tu harganya sama je. Harga cat 1 liter lagi mahal dari harga seliter utk cat 5 liter. Kalau upah cat pon, harga upah beza2. Kalau cat satu warna terang murah sikit berbanding cat dua atau lebih warna dan kalau cat warna gelap nak buat featured wall lagi mahal. Ni sbb nak cat warna gelap susah sikit, kena cat berkali2 dan berlapis2. Kalau tak warna dia akan berbeza dari katalog dan bercapuk2 tak licin dan sekata, nmpak tak kemas.. Ni berdasarkan pengalaman suami mengecat....

Mula2 cat asas dulu warna putih cair nak tutup sedikit conteng2an anak. Kebiasaannya kalau cat lama merekah2 atau rupa dah tak elok, boleh juga kikis cat lama, kemudian cat undercoat. Tapi sbb cat dinding kami okay je, kami terus buat undercoat. Pastikan undercoat betul2 kering dalam beberapa hari baru start cat sbb nanti ada wap2 air terperangkap dlm dinding menyebabkan timbul capuk2 warna putih atas dinding yg baru kita cat...mcm kulat kot.

Dah lps undercoat, suami test cat kedua2 warna ungu yg telah dipilih, nak tgk warna okay ke tak...jadi kami beli cat 1 liter dulu. tggu smpai kering baru nampak hasil. Warna cat ketika basah x sama ketika kering. Kadang2 warna yg dicat x sama mcm kita tengok dlm katalog dan gambar internet. Bila nmpk okay baru suami teruskan mengecat. Suami setiap hari lps balik kerja duk sibuk mengecat rumah lah. Itu je masa yg ada.

Cat yg baru dibuka haruslah dikacau terlebih dahulu supaya warna cat sebati elok. Cat boleh trus digunakan atau dicampurkan sedikit air utk mengurangkan kepekatan. Kalau pekat sangat susah nak cat. Jgn letak air byk sgt. Biasanya sukatan dia ialah 1/10 dr jumlah cat. Kalau cat 10 litre, jumlah air yg nak pakai ialah satu bekas plastik bulat kecik saiz sedang yg org isi taufufa tu.

Bilik bawah tu suami cat kemudian sket sbb mood dah slow....bila dah cat separuh, terasa berpinar2 mata. Warna hijau green grape nippon satin glo tu terlalu terang utk bilik kecil. Tgk dlm internet org cat nmpak lawa dan ceria tp rupa2nya tak sesuai. Dpt pulak bilik kecil dan kena pakai lampu, pantulan warna teramat terang. Cat pulak jenis berkilat menambahkan kesan terang tersebut. Nasib baik baru beli cat 1 liter.

Akhirnya kami buat keputusan utk bertukar warna ke warna hijau lembut nippon vinilex easywash green myth. (Satin glo/pearl glo yg warna terang x sesuai bilik kecik kot). Hah dah lps cat green myth baru terasa sejuk mata memandang.


Jadi kos keseluruhan cat ruang tamu, ruang makan dan bilik bawah:
Berus + pan = RM 10
Cat pale pansy 1 liter x 2 = RM 31 x 2 = RM 62
Cat full wine 1 liter x 1 = RM 31
Cat pale pansy 5 liter x 1 = RM 95
Cat full wine 5 liter x 1 = RM 95
Cat foundation x 1 = RM 30
Cat lime green 1 liter x 1 = RM 31
Cat green myth 5 liter x 1 = RM 70
TOTAL = RM 424 ( Hah jimat, kan...dr berbayar dekat RM2K)

P/S - Dinding rumah saya yg dicat tu on/off ada capuk2 putih. Bila pegang rasa melekit sket dan bila lap dia hilang. Tapi lama2 dia naik balik capuk2 putih tu. Ingatkan mcm kulat kot masa cat undercoat tu tak kering betul2 jd dinding sedikit lembab. Tp org kata kulat dinding warna hitam. Cuba trobleshoot melalui carian google, jmpa website ni, rupanya masalah kemekaran (efflorescene). Cuma dia bagi solution utk elakkan dr ianya berlaku tp pula bagi mcm mana nak problemsolve bila dah terjadi ni.

Bawah ni website utk troubleshoot berkenaan cat
http://azamansaidin.blogspot.com/2011/04/kecacatan-dalam-kerja-kerja-mengecat.html?m=1

8 comments:

  1. Info terbaik sy jumpa sepanjng satu hari berlayar dlm internet. Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Info terbaik sy jumpa sepanjng satu hari berlayar dlm internet. Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih. Tips yg sgt berguna.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih. Tips yg sgt berguna.

    ReplyDelete
  5. Tip yang sangat berguna.. Terima kasih ye

    ReplyDelete
  6. Tips yang sgt membantu utk sesiapa yang nk DIY cat rumah, mcm sy..anyway thanks a lot..

    ReplyDelete
  7. Tumpang tanya, kat mana eh beli cat tu sebab tengah cari tempat murah. Harap balas terima kasih

    ReplyDelete
  8. JAGUARQQ AGEN JUDI POKER ONLINE DAN AGEN DOMINO 99 TERPERCAYA DI INDONESIA
    Segera daftar dan bermain di JaguarQQ
    Hanya dengan minimal deposit dan withdraw sebesar Rp.15.000,-
    Anda sudah memiliki kesempatan untuk menangkan hingga jutaan rupiah
    JaguarQQ menyediakan 8 Game dalam 1 User ID diantaranya :
    -Poker
    -AduQ
    -BandarQ
    -Domino QQ
    -Capsa Susun
    -Bandar Poker
    -Bandar Sakong
    -Bandar 66 (NEW)
    Segera Gabung dan Dapatkan Promo Terbesar
    -Bonus Rollingan 0.5% Setiap Minggu nya (diproses setiap hari Jumat)
    -Bonus Refferal 20% Terbesar Seumur Hidup Tanpa Syarat Apapun
    Untuk info lebih lanjut Silahkan hubungi Cs JAGUARQQ:
    LiveChat 24 Jam Online
    PIN BBM : 2AE76E22
    WA : 081319506846
    WEBSITE :www.jaguarqq.info

    ReplyDelete