Saturday, 2 March 2013

rotavirus

First time insyirah masuk wad. Lima hari kena warded. Hari sabtu tu, balik dr taska, insyirah muntah dlm kereta. Ingatkan sekali tu je, kot dia pening. Balik rumah tak berenti2 muntah..makan je muntah, minum pon muntah, habis sarung sofa kena basuh sbb muntah byk. Smpai lembik. Ptg tu insyirah mula cirit pula. Anak kecil ni mmg ligat kebiasaannya jd sbbkan sakit, terus senyap. Tido aje. Sian tengok.

Saya cuba juga bg dia.minum air dan susu. Insyirah pon mmg nak minum dan makan..dia kata dahaga. Tp setiap kali minum/makan, semua tu keluar balik. Ahad tu kami x pergi mana2. Patutnya janji nak pergi bbq kat rumah kwn tp x jadi memandangkan anak x sihat. Seharian tido. Nmpak anak kering..mmg dah tak tahan nak bwk gi klinik tp suami kata cuba tgk hari tu mcm mana dulu. Kalau esok x baik jugak baru bawak klinik.
Isnin tu saya el dan terus bawa anak ke klinik. Doktor kata anak sgt lembik dan kering (dehydrated) so kenalah warded. Dlm ward pon still muntah2. Cirit kurang. Ujian najis kata rotavirus...alahai siannya anak ibu. Cirit pon bau hanyir dan byk sgt..cair smpai bocor2 dibuatnya.

Bila dah kena drip 24jam...anak pon jadi segar bugar....dah mula aktif main. Senang hati sket bila tgk dah makin sihat. Kami berhentikan susu dulu gantikan dgn soy based milk. Kami beli isomil. Pastu mula2 okay lg nak bg ubat tp bila dah selalu, mulalah anak melenting smpai misi kena pegang. Ubat demam perasa oren boleh tahan lagi, mmg dia suka. Ubat colic drop dan smecta tu dia luahkan balik...tutup2 mulut tak nak makan. Ivd tu pon dia sibuk suruh cabut. Doktor kata bila dia menggelupur tak nak mkn ubat dan dah mula suruh bukak jarum (ivd)..tu maknanya dia dah sihat!

Tp sbbkan dia masih susah nak mkn dan minum, doktor smbungkan ivd lagi. Berbelit2 line tu dikerjakannya. Sbg upah masuk spital, bg anak main game tablet. Lagi lah dia suka. Dapat pulak mkn kfc. Susu isomil anak x berapa suka jd sbbkan masa awal2 kurg minum, lps dua tiga hari, sy cuba bg susu biasa dutchlady 123 tu...lagipon ms tu doktor try off ivd. Tp lps tu terus muntah balik. Sbbkan tak berani nk bg susu dutchlady, paksa juga dia minum isomil tu. Lps2 tu tak muntah dah. Cirit sekali dua je. Pastu resolved.

Warded lima hari, lima2 hari sy el jaga anak di spital. Suami dan mujahid dtg malam melawat. Penat jaga anak sakit ni..tambahan pulak tgh pregnant ni..sakit balakang tido atas katil dia (sy tdo atas katil yg disediakan khas utk org yg menjaga).

Hari jumaat tu discharge petang dgn sebabun ubat. Alhamdulillah anak sihat lps discharge. Saya baru dpt tau rupa2nya anak buah saya yg pergi sama taska dgn anak saya pon muntah cirit birit juga tp sbbkan dia boleh mkn/minum, jd x perlu warded. Ntah2 kuman yg sama. Takpelah..yg penting sihat. Ameen.


No comments:

Post a Comment