Sunday, 4 March 2012

strong family history

27 feb yg lepas, makcik saya baru lepas operation payu dara kerana didapati menghidap barah payu dara.

sebelum itu, saya terkejut mendpt berita yg makcik saya ada kanser payu dara. sedangkan makcik saya setiap tahun buat mammogram di swasta. beberapa tahun yg lepas, makcik saya dpt rasa sesuatu kelainan terhadap payu daranya, ia bukan ketulan/ biji yg ketara, setiap kali pemeriksaan doktor dengan pakar gynae, pemeriksaan akan normal. gynae makcik saya re-assure yg ianya bukan kanser. MMG yg dibuat juga negatif. namun pada tahun ini, makcik saya masih tetap tidak puas hati dengan kelainan tentang rasa payu daranya itu, lalu memohon utk berjumoa dengan pakar bedah. pakar bedah juga tidak merasakan apa2 ketika pemeriksaan, cuma ultrasound menunjukkan ada satu kawasan yg melibatkan "thickening/ increase density"...dia membuat keputusan utk membuat biopsi (mungkin FNAC kot) yg mana keputusannya negatif. namun pakar bedah tersebut tidak berpuas hati lalu membuat core biopsy, dan barulah keputusan mengatakan suspicious malignancy.

2 minggu selepas operation itu, keputusan histology mendapati mmg ia adalah kanser, stage IA (rasanya, saya tak berapa ingat).  tp doktor kata semua kelenjar bersih, tiada sel barah.

alhamdulillah yg penting ia tidak merebak (metastasise) lagi.dan alhmadulillah juga makcik saya dalam recovery yg baik.

tp saya memang agak sensitif dengar psal kanser nih....

arwah mak saya meninggal 3 tahun lalu disbbkan kanser paru2. tapi tiada risiko kesihatan langsung, terpaksa lalui chemo, alhamdulillah arwah mak saya survive hampir 2 tahun walaupun pd mulanya, doktor hanya menjangkan 4-6 bulan sahaja.

arwah makcik saya yg merupakan pakar kanak2 juga meninggal kerana kanser ovari yg ketika didiagnosakan, sudah pon di advance stage, walaupun dicadangkan utk chemo selepas recovery after surgery, namun tahap kesihatan menurun secara mendadak, hanya bertahan sebulan sahaja.

seminggu sebelum itu, arwah pak mertua saya pergi mengadap Ilahi disbbkan oleh kanser pundi kencing.

saya dpt tahu, salah seorg pakcik suami saya juga meninggal disbbkan barah. arwah makcik suami saya juga meninggal dunia akibat barah payu dara.

antara beberapa org kawan saya juga, salah seorangnya, mak beliau meninggal dunia akibat kanser serviks, sorg lagi, mak mertuanya meninggal akibat barah rahim.

walaupun kita tahu bahawa, kanser ini mempunyai kecenderungan genetik utk mendapatkannya, mungkin ia berkaitan tentang sistem pertahanan badan mahupun sistem adaptasi sel, ia juga mungkin boleh dipengaruhi oleh unsur persekitaran yg mana kita byk terdedah dengan radiasi yg tidak jelas ketara, mungkin gelombang2 dr handfon, microwave, sistem kabel elektrik etc...teknologi yg moden, utk memudahkan kerja2 harian kita, namun ia mempunyai kesam sampingan yg senyap seperti ini.

apa2 pun, saya hanya mampu berdoa agar kami semua dikurniakan kesihatan yg baik dan lindungilah keluarga kami dari mala petaka dan penyakit2 . ameen.


No comments:

Post a Comment