Saturday 26 April 2014

Lawatan ke Masjidil Aqsa??


Teringat pembacaan kisah travelog seorg ustaz yg terkenal yg belajar di jordan..ketika diajak oleh rakannya utk berkunjung ke masjidil aqsa....

ust td sgt menginginkan kunjungan tersebut...sedangkan dr jauh seberang laut mati..beliau dpt merasakan bayu angin dr tanah palestin..nmpak tanah palestin tersebut...alangkah dekatnya beliau dgn tanah pejuang...namun...pd hemahnya...kunjungan tersebut akan memberi lebih byk masalah... seolah2 akan memberi pengiktirafan kpd kjaan israeli....utk ke sana perlu dptkan visa...bayar sejumlah wang ke kjaan israeli...agak2 duit tu pakai utk apa???

Menziarahinya beerti kita memikul seribu satu tanggunhjawab di atas bahu kita utk membebaskannya...bukan ziarah suka suka. sia2lah sekiranya berkunjung ke sana tanpa niat utk membebaskannya...Allahu akhbar....
 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Lawatan ke Masjidil Aqsa? Fikirkan

Semakin banyak pakej lawatan ke Masjid al-Aqsa ditawarkan. Kini agensi seperti Tabung Haji pun sudah mula mempromosi lawatan ke masjid ke-3 termulia dalam Islam itu.

Ia sedikit menghairankan.
...
Kenapa?

Tahukah anda bahawa Masjid al-Aqsa berada dalam wilayah Baitul Makdis (Jerusalem)?

Dan tahukah anda bahawa Baitul Makdis telah berada di bawah pendudukan tentera Israel sejak Perang Arab-Israel 1967?

Masjid al-Aqsa telah dijajah sejak lebih 46 tahun yang lalu! Laluan keluar dan masuk kini berada di bawah kawalan dan penguasaan Israel. Pelbagai cara telah digunakan oleh Israel untuk menghalang rakyat Palestin memasuki perkarangan Masjid al-Aqsa. Malah, Israel telah mengehadkan umur para pengunjung dan waktu yang dibolehkan untuk penduduk Palestin mengakses masjid ini.

Namun, dengan tidak semena-mena, Israel mengalu-alukan kehadiran rakyat Malaysia yang pada pasportnya jelas tercetak:

"Pasport ini sah digunakan untuk semua negara kecuali.....

ISRAEL!!!"

Tidakkah anda merasa curiga? Mengapa ya?

Jawapannya mudah. Kerana kita datang sebagai pelancong!

Tahukah anda jalan masuk ke Baitul Makdis dan Masjid Al-Aqsa adalah melalui Jordan? Dan tahukah anda Jordan dibenarkan untuk memiliki keistimewaan ini hanya selepas ia mengiktiraf kewujudan negara haram Israel dan berdamai dengannya pada tahun 1994? Lalu apabila anda berkunjung ke Masjid Al-Aqsa anda secara tidak langsung telah mengiktiraf kewujudan negara haram Israel dan menyatakan kesediaan untuk berdamai dengannya!

Tahukah anda industri pelancongan di Baitul Makdis memberikan keuntungan kepada Israel sekurang-kurangnya 1 bilion US dollar setiap tahun? Dan jumlah ini semakin bertambah saban tahun. Dan ya, keuntungan ini tidak dikongsi walau sesen sekalipun dengan Pihak Berkuasa Palestin (Palestine Authority) tetapi digunakan untuk terus menjajah Palestin dan membiayai keperluan tentera Israel!

Dan yang lebih penting lagi ialah pemergian kita ke sana adalah sebahagian daripada proses NORMALISASI yang cuba dimainkan oleh Israel. Israel berusaha untuk menyatakan kepada pelancong yang hadir bahawa tiada kezaliman dan penderitaan di sana. Israel ingin memperbaiki imejnya di mata dunia dengan menggalakkan kunjungan ramai 'pelancong'.

Dengan kata lain, asal sahaja anda berkunjung ke Masjid al-Aqsa sebagai pelancong, Israel tidak punya masalah dengan anda. Malah mereka meraikan. Tetapi jika anda datang sebagai pejuang atau aktivis, usah bermimpi anda akan dapat masuk ke sana.

Israel mempunyai perancangan yang licik. Mereka berjaya mengaburi pandangan kita dengan menjadikan tindakan kita yang salah seakan-akan benar dan tiada masalah. Kita tertipu bahawa kunjungan kita ke Masjid al-Aqsa dengan niat untuk mengimarahkan masjid ketiga termulia dalam Islam itu dan merebut pahala menjejakkan kaki ke sana sebagai salah satu langkah membebaskan Masjid al-Aqsa daripada penjajahan Israel.

Jika seribu kali pun anda berfikir...

Jika seribu kali pun anda berfikir, anda tidak boleh melawan kekuatan ketenteraan dan politik Israel dengan melakukan rombongan melawat dan mengimarahkan Masjid al-Aqsa. Akhirnya, apa yang berlaku ialah anda sekadar memenuhi kehendak dan kepuasan peribadi untuk menatap masjid tersebut dan menyimpan memorinya dalam kamera dan video; tidak lebih dari itu. Ia umpama orang yang tidak pernah puas merebut pahala dengan melakukan ibadah haji dan umrah berkali-kali sedang masih ramai jiran-jirannya yang hidup melarat kasi pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Justeru, berfikirlah dengan lebih mendalam sebelum anda berniat untuk menyertai pakej-pakej lawatan ke Masjid al-Aqsa. Dalam tidak sedar, anda sebenarnya telah tertipu dan telah membayar harga yang mahal demi sebuah kepuasan peribadi.

Namun begitu,

jika anda ingin pergi dengan MISI yang jelas untuk membebaskannya (ie. berjihad) atau anda ingin mengutip mutiara-mutiara hikmah di sana dan pulang dengan semangat yang tinggi untuk merancang STRATEGI membebaskannya, maka pergilah dan usah bertangguh walau sesaat sekalipun! Jangan sekali-kali anda biarkan pemergian itu sia-sia dan tinggal sekadar 'imarah' sahaja. Anda perlu sedar bahawa kunjungan anda itu mahal harganya (material dan moral).

Jika tidak, saya sarankan supaya anda menyalurkan wang anda kepada saluran yang benar-benar dapat membantu membebaskan Palestin.

Berfikir selangkah kehadapan,
agar tidak terus ditipu amal peribadi,
sedang umat menderita,
musuh tertawa,
dan kemenangan terpaksa ditunda,
untuk kesekian-kalinya.

KJ | 28 Feb 2014 | 3:11 PM [Ph]

***

(Artikel 1: Passport Malaysia VS Diplomasi Jordan-Israel. Sini: http://goo.gl/ox1uYl)

(Artikel 2: Kami juga mahu, apabila Palestin dibebaskan. Sini: http://goo.gl/LtxhRF)
See More
— with Wesam Ahmed and Saifuddin Quttuz.
 

No comments:

Post a Comment