pada bulan lepas, kita semua menyambut sambutan raya haji aidiladha, dan tidak seperti tahun2 sebelumnya, raya tahun ini agak berbeza buat saya sekeluarga. pada tahun lepas, disbbkan saya tidak mempunyai cuti yg banyak, maka raya haji disambut di kampung saya di Lenggeng. pada pagi raya pertama, kami membuat keputusan utk membawa anak2 melihat sendiri proses qorban yg dilakukan di jalan utama taman kami. dilihatnya lembu2 itu tenang dan pasrah sementara menunggu giliran utk disembelih. setelah leher mereka dikelar, mereka berbunyi mengeluh namun akhirnya tumbang kr bumi utk menjadi sumber makanan kita. anak lelaki saya sibuk seronok melihat lembu2 itu, saya pula termenung sejenak memikirkan betapa indahnya peraturan Ilahi kerana dijadikan binatang2 ternak ini jinak agar mudah utk dijadikan sumber makanan. di mata lembu tersebut, dilihat satu perasaan redha dan pasrah dengan ketentuan Penciptanya..
tahun ini, kami sekeluarga menyambut malam raya di lenggeng. tiada qorban dibuat tahun ini, kami sekeluarga membuat keputusan utk membuat tahlil selepas solat sunat raya dan kemudian brunch di rumah salah seorang makcik saya yg terletak berdekatan dengan surau/ madrasah datuk saya. tahun ini berbeza kerana kami kehilangan 2 orang penting dalam keluarga kami iaitu nenek dan makcik saya ( yg merupakan seorang pakar kanak2)...saya juga tidak cuti lama utk kembali ke terengganu kerana tak merancang cuti dengan baik jd dpt cuti sekejap je.
seperti tajuk di atas....bulan lepas juga, sudah genap setahun MYVi saya bersama2 saya. walaupun usia MYVI saya tuh bukan setahun, bahkan lebih dua tahun usianya, dia baru bersama2 saya dalam setahun sahaja.
setahun yg lalu , jenuh juga saya nak mencari kereta.. pd awalnya nak cari ketika saya di posting Kecemasan kerana saya kerja syif, jadi agak sukar utk suami menghantar mengikut masa syif... namun, lama kelamaan, kami sudah biasa dengan rutin itu lalu proses mencari kereta itu tertangguh. tapi di akhir posting tersebut, kami membuat keputusan utk mencari juga kerana takut2 bila saya dah MO nanti, saya kena dihantar tmpt kerja yg lagi jauh dan menyukarkan utk saya carpool dengan suami. suami saya kata saya kena praktis bawa kereta, nanti kalau lambat2, (last minute), kelam kabut pula. lepas survey2, akhirnya saya berkenan dengan MYVi yg saya pakai sekarang ni. sebabnya, tuan dia dulu menjaga dia dengan baik, keadaan kereta sangat memuaskan, dan bila memandu juga rasa selesa dan sedap, servis pula mengikut masa. keadaan luaran dan dalaman kereta bersih dan berkilat, tuannya dulu sentiasa membasuhnya. jadi ketika saya di posting paediatrics (posting akhir saya), saya pon banyak2 berlatih membawa kereta. nasib baik praktis, tengok sekarang kena "campak" ke seremban. masa pertama kali membawa kereta ke seremban, takut tak ingat punyer, ketar2 kaki saya sampai nak kejang kerana lama sangat tekan pedal minyak, walaupun bawa kereta automatik sahaja. almaklumlah, tak pernah bawa kereta utk jarak jauh dan jangkamasa lama. bulan pertama saya agak stress sehinggakan sentiasa diserang sakit leher dan bahu dan saya hampir2 putus asa kerana dek kepenatan. rasa mcm nak pindah balik. nak nangis. namun suami suruh saya bersabar, dia kata nanti lama2, saya akan biasa lah. tapi memang betul, lama kelamaan, saya menjadi biasa kerana ia sudah menjadi sebahagian dari rutin kerja saya setiap hari. sekarang nih dah 8 bulan di seremban. cuma......kadang2, saya kesian kat kereta saya sbb saya tak sempat nak basuh dia...sbbkan dia warna putih, jadi nampak comot.
sehingga sekarang, saya sangat terikat (attached) dengan kereta MYVi saya kerana dia telah banyak berjasa kepada saya dalam tahun pertama ini. saya sentiasa berharap yg kereta saya ni akan terus berjasa kepada saya. SAYANG MYVI!!!
ni gambo contoh je...kete aku comot sket haha |
No comments:
Post a Comment