Sunday, 27 May 2012

KL Bird PArk

semalam abang ipar saya smpai dari terengganu....kami pergi jalan-jalan ke KL Bird Park beramai-ramai termasuk kakak ipar saya.

anak-anak yang paling teruja di sana....Ini kali kedua saya dan keluarga ke sana. pertama kali masa tu insyirah kecil lagi..ms tu insyirah bar 6 bulan...belum pandai berjalan...jadi x boleh kejar burung.saje jln2 sempena "meraikan" cuti rehat saya yg baru habis posting A&E sebelum melangkah ke posting terakhir, paediatrics yg teramat sibuk.

kali ni....insyirah ligat mengejar burung2 yang dilihatnya...campur dengan sepupu sepapat yang ramai...habis mereka hambat burung.

last-last disebabkan kepenatan..masing-masing cari air dan ais krim.....

berkumpul di pintu masuk
burung2 di taman
dah penat...pakat minum air


Wednesday, 23 May 2012

walimah Hadi di Beranang pula

walimah - 20 Mei 2012

Biar gambar sahaja je lah yang "bercerita"... bak omputeh kata .."let the pictures to the talking.." saya malas sket arini

pengantin sama padan sama cantik, bagai pinang dibelah dua...moga bahtera kekal selamanya
pelamin... cantik warnanya...i loike
kek pengantin ni hasil tangan sepupu saya sendiri Cake Den
dari pandangan meja pengantin

Sunday, 13 May 2012

jalan jalan di kuala kangsar

dalam kesibukan bekerja dan kerja rumah harian.....saya teramat perlukan respite atau short break.. weekend lepas, kami sekeluarga termasuk keluarga Lenggeng ke Kuala Kangsar untuk majlis akad nikah sepupu kami, Hadi...kami berjanji untuk berjumpa di exit Kuala Kangsar dan bergerak ke rumah pengantin perempuan bersama2.


alhamdulillah majlis berlangsung dengan lancar.



selepas majlis, kami berkonvoi beramai-ramai ke pulau pinang untuk hinggap di rumah makcik saya...sebab keesokan harinya majlis kenduri pula untuk dijalankan. makcik saya tempah dua rumah homestay utk kami sekeluarga.

malam tu, kami ada family dinner di Restoran Pan Mutiara Curry House....sedap



esok pagi, kami bertolak ke Kuala Kangsar untuk majlis walimah dan selepas itu pulang ke rumah masing2. walaupun hujung minggu yang sangat pendek, saya rasa teramat gembira kerana dapat berjalan-jalan dan merehatkan minda...


Tuesday, 1 May 2012

sudah 3 tahun...

hari ini genap 3 tahun arwah mak saya meninggalkan kami. saya masih ingat kerana ia jatuh pd cuti umum hari buruh.saya rindukan mak. hanya tinggal kenangan dan pokok2 mak. kadang2 saya terfikir, alangkah seronoknyer sekiranya mak masih ada utk melihat cucu2 mak yg ramai dan sedang membesar dengan bijak dan aktif. melihat pokok2 mak yg saya jaga, kini segar dan sihat cantik, dah beranak pinak pokok mak. hmm...

pd tahun 2007, ketika itu saya sepatutnya memulakan housemanship saya. pd waktu itu juga saya mengandungkan mujahid. oleh kerana kesihatan saya tidak mengizinkan, saya terpaksa menangguhkan HO saya. mak dtg turun ke KL utk melawat saya. dalam masa yg sama, mak agak kecewa kerana saya tangguhkan HO. ada hikmah rupanya disebalik penangguhan itu.

left pleural effusion..tp ni bukan xray mak saya
seminggu mak duduk di rumah klin. ketika itu mak batuk2 dan rasa agak sukar bernafas. saya memeriksa mak dan mendapati paru2 sebelah kiri tiada "air entry". saya menyuruh mak pergi ke klinik namun mak berdegil dan hanya ingin tunggu seminggu lagi. seminggu berlalu, saya memeriksa mak kembali dan findings tetap sama. saya semakin risau tp mak masih tidak mahu ke klinik. pd suatu isnin, ketika kakak saya bekerja, kakak menerima panggilan  dr mak mengatakan mak sesak nafas. kakak terus pulang ke rumah dan membawa mak ke klinik. doktor segara menyuruh mak membuat chest xray dan alangkah terkejutnya doktor melihat paru2 kiri mak saya ada "massive left pleural effusion with left lung collapse". doktor terus merujuk mak ke HUKM. ptg itu, saya bersama2 suami segera ke HUKM utk menemani mak.

di HUKM , mereka letakkan mak saya di zon kuning, SPO2 mak saya masih stabil 98% under room air. ketika itu sudah maghrib. kami sama2 sabar menunggu rawatan di kecemasan. mak ingin dipindahkan ke serdang namun hospital penuh. HUKM pon penuh, jd mak buat keputusan utk menunggu kekosongan di HUKM shj.. kami menunggu sehingga keesokan paginya. saya tidak boleh duduk menunggu di dalam zon kuning, maka terpaksa menunggu di luar di ruang menunggu yg disediakan...saya hanya baring di deretan kerusi di ruang menunggu. sesekali announcement dibuat memanggil waris (yakni saya) utk membantu mak utk solat dan ke tandas. sakit benar belakang saya memandangkan sy sedang hamil 5 bulan ketika itu.

mak hanya dpt masuk ke wad keesokan paginya, dan dr situ bermulalah segala penyiasatan. pd peringkat awal, mereka menjangkakan mak ada TB, mereka membuat pleural tapping 2 kali tapi oleh kerana effusion yg byk, akhirnya mereka meletakkan chest tube. mak terpaksa melalui CT scan, biopsy, bronchoscopy dan bermacam2 lagi. dan akhirnya mereka mendiagnosakan mak dengan kanser paru2 stage 4 (advance stage) kerana ia telah tersebar ke hati. apa yg mengecewakan saya adalah ketika doktor pakar respiratori itu memberitahu mak akan diagnosanya, ketika itu mak masih dalam keadaan mamai2 selepas diberi ubat pelali utk bronchosopy. ada ke breaking bad news ketika mak tgh drowsy lagi?

itulah hikmahnya saya menangguhkan HO saya...sepanjang 2 bulan tu, saya full time jaga mak di HUKM. walaupun ada kalanya saya merungut2 kerana dek pening kepala dan sakit belakang akibat tidur hanya di atas kerusi yg disusun2 rapat menyebabkan saya kekurangan tidur.

selepas mak keluar dr wad, kami terus menyambut aidilfitri dan selepas itu, mak melalui saat2 chemo. walaupun doktor kata mak hanya ada 4-6 bulan sahaja, alhamdulillah, mak survive hampir 2 tahun. mak sentiasa ikut temujanji berkala onkologi yg diberikan. bulan feb 2009, mak terasa ketul2 keras di leher mak. ia adalah kelenjar. saya menjangkakan ia kanser sudah mula aktif kembali dan sudah merebak ke kelenjar pula. bulan mac 2009, mak masuk ke wad sekali lagi kerana sesak nafas. kali ini, paru2 kanan pula dipenuhi air. saya berasa amat sedih kerana kanser sudah smpai ke paru2 kanan pula... ia suatu petanda yg tidak baik. melihatkan keadaan mak yg semakin sakit, doktor kali menjangkakan mak hanya ada sebulan dua lagi sahaja. luruh jantung saya mendengarnya. saya dpt rasakan kali ini jangkaan doktor lebih tepat.mak kembali ke rumah kakak bersama2 mesin Oxygen concentrator kerana memerlukan oksigen sepanjang masa. oleh kerana saya sibuk dgn HO dan kakak pula baru bertukar ofis, kami tidak dpt bercuti lama. saya amat kecewa kerana tidak dpt menjaga mak di saat2 mak sedang sakit tenat. suami menyuruh saya mengambil cuti tanpa gaji apabila saya habis posting O&G (ketika itu saya berada di bulan kedua).saya teragak2..saya masih ada lagi 2 bulan utk habiskan posting O&G saya, mampukan mak bertahan selama itu? saya dpt rasakan mak tidak dpt bertahan lama lagi. setiap kali saya oncall, saya risau seandainya saya akan menerima panggilan yg tidak diingini dr kakak saya. terfikir sejenak, siapa pula nak ganti oncall saya malam2 buta ni.

pada hari Ahad 26/4/09, ptg itu, saya melawat mak di rumah kakak. mak menangis2 menyuruh saya EL keesokan harinya agar dpt menemaninya sepanjang hari. malam itu juga mak ajak saya menemaninya tidur..mak tak pernah berkelakuan sebegitu. selalunya mak melarang saya mengambil terlalu byk cuti. sebelum ini saya ada mencadangkan kpd emak utk saya tangguhkan HO saya lagi utk menjaga mak, namun mak tidak benarkan kerana dia tidak mahu kerja saya tertangguh. namun hari itu berbeza. saya berasa tidak sedap hati melihatkan keadaan mak. malam tu, saya asyik terjaga2 menjenguk mak..melihat keadaan mak. keesokan harinya, saya EL. saya menjaga mak sepanjang hari itu. mak inginkan saya utk bercuti lagi keesokan harinya namun saya tidak dpt EL kerana saya oncall hari berikutnya. saya rasa amat kecewa kerana dek tugasan, saya terpaksa "mengabaikan" mak saya sendiri. perasaan bersalah ini menghantui saya sehingga kini. saya sedih kerana saya bersungguh2 menjaga pesakit2 di wad sehingga tidak tidur malam, tp mak sendiri tidak mampu dijaga.mak berasa amat gembira kerana sy dpt menemani mak pd hari itu.selasa tu sy oncall dan hanya kembali ke rumah ptg rabu. mlm tu, saya terus berjumpa mak. mak kerap bertanya kpd saya, esok hari Jumaat ke? berkali2 saya mengatakan tidak, esok khamis, tp mak seolah2 tidak mengingati jawapan saya itu. kakak cerita dalam minggu yg sama, mak seringkali menelefon kakak di tmpt kerja kerana ketakutan berada seorg diri di rumah, mak nampak benda2 asing. Gerun pula bila saya memikirkannya. hari khamis sy tidak sempat melawat mak kerana kepenatan.

hari jumaat, 1 may 2009, saya ke tmpt kerja seperti biasa. hari tu semua org cuti umum tp saya masih perlu ke tmpt kerja, suami menurunkan saya di hospital dan ingin singgah di rumah kakaknya di kajang. sedang saya memeriksa pesakit2 saya, telefon pon berbunyi, nada deringan menandakan kakak saya yg cuba menghubungi saya. jantung saya mula berdebar2. kakak takkan menelefon begitu sahaja ketika saya sedang bekerja. kakak memberitahu yg mak saya sudah mula tidak sedarkan diri. saya mula menangis di hadapan pesakit2 saya, tidak lagi menghiraukan apa pandangan mereka tentang saya. saya berlari2 mendptkan rakan saya memberitahu yg saya ingin pulang ke rumah. nasib baik suami saya berada berdekatan lalu menjemput sy pulang ke rumah kakak.

pg tu, mak terjaga dan cuba bersembang dgn kakak saya, bertanyakan sudah waktu subuh atau belum..namun kakak saya mengatakan masih awal dan belum subuh lagi. ketika kakak bangun menunaikan solat subuh, didapati mak nyenyak tidur. hanya jam 7 lebih, kakak cuba mengejutkan mak, namun mak hanyut dalam alam berbeza. mak seolah2 dengar tp tidak mampu menjawab. setibanya di rumah kakak, saya terus mendptkan mak saya memberitahu yg saya sudah ada di sisi mak. abah pon ada bersama dan kami memberitahu saudara mara kami. saya dan kakak membaca surah yaasin sehingga tghari. mak mmg bergantung kpd bekalan oksigen sepenuhnya selama satu bulan ini. sehingga suatu ketika, sedang sy dan kakak sibuk menbaca yaasin, tanpa disedari, anak saudara saya mencabut bekalan oksigen itu menyebabkan mak menjadi biru. kami panik dan cepat2 menyambungkannya kembali.

selepas suami, abah dan abg ipar pulang dr solat jumaat, mereka membawa kembali makanan utk dijamah oleh saya dan kakak yg tidak berganjak dr katil mak dr pagi tadi. kami bertukar giliran. sedang sy dan kakak mnyediakan mknan, abg ipar sy memanggil. mak kelihatan berbeza, kelihatan mak menelan air liurnya dan dr keadaan tercungap2 dan mulut terbuka, tiba2 mak tidak lagi tercungap dan mulut mula tertutp rapat. jelas kelihatan mak semakin pucat. dilihatkan seolah2 perlahan2 roh ditarik keluar....badan mak menjadi pucat biru perlahan2 bermula dr dada, leher dan akhirnya muka ke dahi. saya menjadi tak keruan, tak tentu hala dibuatnya...melompat mengambil steteskop dan lampu suluh..memeriksa nadi, degupan jantung mak, anak mata mak.....saya menggelengkan kepala...mak sudah tidak ada lagi.....jam menunjukkan 315pm. ketika itu saudara mara mula smpai ke rumah.

saya menarik nafas panjang menahan kesedihan....ya..mmg saya sedih tp ini bukan masanya...kami perlu sempurnakan jenazah mak dengan segera. itulah hajat kami adik beradik. inginkan kesempurnaan. suami dan abg ipar segera membuat laporan polis dan mendapatkan bantuan imam surau di situ utk melaksanakan segala urusan jenazah. walaupun ada sedikit cabaran ketika menyediakan liang lahad, namun semuanya berjalan dengan lancar. jenazah di bawa ke surau al-amin utk dimandikan dan disolatkan di situ. saya, kakak telah lama memasang niat utk memandikan mak. turut bersama 2 org makcik saya. ketika itu jemaah di surau sudahpun menunaikan solat maghrib dan mereka sedang berkuliah....ditakdirkan Allah, kuliah mereka bertajuk solat jenazah. selepas segalanya selesai, jenazah mak disolatkan oleh jemaah yg ada di surau tersebut, lalu di bawa ke tanah perkuburan utk disemadikan di sana.

saya dan kakak menarik nafas panjang, di sebalik kesedihan kami atas pemergian mak, kami melahirkan rasa kesyukuran yg amat tinggi kpd Ilahi kerana Allah telah mempermudahkan segalanya utk mak dan pengurusan jenazah mak. kami yg buat keputusan nak disemadikan di mana, siapa yg nak mandikan, ahli keluarga lain tidak campur tangan (takut2 kalau byk campur tangan, kelam kabut jadinya)...alhamdulillah. walaupun sedih melanda, kami mengajar diri utk bersabar dengan ujian dan ketentuanNya.

semoga roh mak dirahmati Allah dan digolongkan bersama2 org2 yg beriman. ameen.

mak n me @ airport before going back to melbourne
@ nikah
raya 2008, after completed her chemo