Tuesday, 14 October 2014

Turki ... dulu dan sekarang (bahagian 2)


"Sesungguhnya aku tahu, bahawa nasibku semakin terancam. Aku boleh lari ke Eropah untuk menyelamatkan diri. Tetapi untuk apa? Aku adalah khalifah yang bertanggungjawab ke atas umat ini. Tempatku adalah di sini. Di Istanbul"
sebahagian dari terjemahan "diari Sultan Abdul Hamid"


Berikut adalah kisah yang dikongsi oleh Ustaz Hasrizal melalui pembacaan beliau dari kalam diari Sultan Abdul Hamid. Kisah ini saya kongsikan bersama pembaca agar pembaca juga turut sama-sama  dapat menjiwai peristiwa penuh tragis ini sebagaimama yg kami rasai.....

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ * * * * * ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
 
TIADA SIMPATI
 
 
Malam itu, Sultan Abdul Hamid dan keluarganya dikunjungi oleh sekumpulan manusia yang tidak
akan dilupakan oleh sejarah.

Emmannuel Carasso, seorang yahudi warga Itali dan wakil rakyat Salonika (Thessaloniki) di parlimen Othmaniyyah (Meclis-I Mebusan) melangkah masuk ke istana Yildiz. Turut bersama beliau adalah Aram Efendi, wakil rakyat Armenia, Laz Arif Hikmet Pasha, anggota Dewan Senat  yg juga pemimpin Armada Othmaniyyah, serta Arnavut Esat Toptani, wakil rakyat Bandar Daraj di Meclis-i Mebusan.

"Bukankah waktu seperti ini adalah waktu khalifah menunaikan kewajipannya terhadap keluarga? Tidak bolehkah kalian berbincang dengan aku pagi esok?" Sultan Abdul Hamid tidak selesa menerima kedatangan mereka yang kelihatannya begitu tergesa-gesa.

Tiada simpati di wajah mereka.

"Ummah telah memecat kamu" beritahu Esat Pasha. Angkuh benar bunyinya. Satu persatu wajah ahli rombongan itu diperhati oleh Sultan Abdul Hamid.

"Apakah mereka ini sedar dengan apa yang mereka lakukan?" baginda berfikir

"JIka benar ummah yang menurunkan aku, mengapa kamu datang dengan lelaki ini?" Sultan Abdul Hamid menudingkan jarinya kepada Emmanuel Carasso. "Apa kena mengena yahudi ini dengan ummah?" wajah baginda kemerah-merahan menahan marah

Sultan Abdul Hamid memang kenal benar siapa Emmanuel Carasso itu. Dia jugalah yang bersekongkol bersama Theodor Herzl ketika mahu mendapat izin menempatkan yahudi di Palestin dengan penuh licik lebih sedekah yang lalu (1898).Mereka menawarkan pembelian lading milik Sultan Abdul Hamid di Sancak Palestin sebagai tapak penempatan yahudi di Tanah suci itu. Sultan Abdul Hamid menolaknya dengan tegas, termasuk alternatif mereka mahu menyewa tanah itu selama 99 tahun.

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ * * * * * ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
 
sedutan lagu "1924" oleh Soldiers of Allah
 
In 1901 the kufar went to Sultan Abdull Hamid the II and offered to pay tremendous amount of money to the Islamic State for Palestine. Sultan Abdull Hamid the II replied:

"I am not going to give one inch of Palestine to the jews as Palestine is not mine to give but it belongs to the Ummah and Ummah have shed blood to defend this land but if one day the Islamic State falls apart then you can have the Palestine for free but as long as I am alive I would rather have my flesh be cut up than cut Palestine from the Muslim land I will not allow any carving while we are alive!!!!!"
 
~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ * * * * * ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
 
Pendirian tegas Sultan Abdul Hamid untuk tidak mengizinkan yahudi bermaustatin di Palestin telah menyebabkan yahudi sedunia mengamuk. Harganya terlalu mahal. Sultan Abdul Hamid kehilangan takhta, dan Khalifah disembelih agar tamat nyawanya.
 
"Sesungguhnya aku sendiri tidak tahu, siapakah sebenarnya yang memilih mereka ini untuk menghantar berita penggulinganku malam itu" Sultan Abdul Hamid meluahkan derita hatinya di dalam diari baginda.
 
Perancangan untuk menggulingkan baginda sudah dimulakan lama sebelum malam itu. Beberapa Jumaat kebelakngan ini, nama baginda sudah tidak disebut dalam khutbah.
 
"Walaupun engkau dipecat, nyawamu berada dalam jaminan kami." Esat Pasha menyambung kata-katanya.  
 
Sultan Abdul Hamid memandang wajah puteranya Abdul Rahim, serta puteri baginda yg seorang lagi. Malang sungguh anak-anak ini terpaksa menyaksikan kejadian malam itu.
 
"Bawa adik-adik kamu ke dalam," Sultan Abdul Hamid mengarahkan AmirAbdul Rahim membawa adik-adiknya ke dalam bilik.
 
"Aku tidak membantah keputusanmu. Cuma seperkara yang kuharapkan. Izinkanlah aku bersama keluargaku tinggal di istana Caragan. Anak-anakku ramai. Mereka masih kecil dan aku sebagai bapa perlu menyekolahkan mereka," ujar Sultan meminta pertimbangan. Baginda sudah tahu yang tiada gunanya untuk keputusan yg dibawa oleh rombongan itu dibantah.
 
Itulah kerisauan terakhir baginda. Mengenangkan masa depan anak-anaknnya yang ramai. Sembilan lelaki dan tujuh perempuan adalah jumlah yang besar.
 
Permintaan Sultan Abdul Hamid ditolak mentah-memntah oleh keempat-empat lelaki pengkhianat Ummah itu. Malam itu juga, baginda bersama ahli keluarganya hanya dibenarkan membawa sehelai dua pakaian, dan mereka diangkut dalam gelap menuju Stesen Kereta Api Sirkeci. Khalifah terakhir umat Islam, dan ahli keluarganya dibuang negara ke Salonika, Greece.
 
"Allahu Akhbar, Allahu Akhbar!" Azan berkumandang di puncak menara Masjid Hamidiye di Istana Yildiz itu.
 
Saya tersentak dari lamunan. Lengan baju saya basah mengusap air mata yang semacam tidak mahu berhenti. Pahit sungguh kenangan peristiwa malam itu.
 
 
~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ * * * * * ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
 
KEMATIAN SEBELUM KEMATIAN!


Diari Sultan Abdul Hamid yang diterjemahkan oleh ahli sejarah Mesir yang saya anggap sebagai guru, Dr Muhammad Abdul Hamid Harb, dikepit di bawah lengan. Saya melangkah lesu ke saf depan di dalam masjid. Dua rakaat rawatib saya dirikan dengan penuh lemah, menahan kesedihan dan kekecewaan yang sukar saya ungkapkan dengan bicara.

Angin lesu bertiup bersama gerimis salji di petang itu. Pohon-pohon yang tinggal rangka, semacam turut sedih mengiringi perjalanan saya menjejaki tragedi penggulingan Sultan Abdul Hamid. Saya berjalan menuju ke Barboros Bulvari untuk mengambil bas ke Eminonu.

Di Eminonu, saya berdiri sendirian memandang lepas ke Galata di seberang teluk. Bukit itu pernah menyaksikan kegemilangan Sultan  Muhammad Al Fateh dan tenteranya yang telah menarik 70 kapal menyeberangi bukit dalam tempoh satu malam. Semuanya gara-gara teluk di hadapan saya ini, yang telah dirantai pintu masuknya oleh Maharaja Konstantinopel. Sejarah itu sejarah gemilang. Ia mengundang bangga  dan syukur.

Tetapi bukan itu yang saya mahu kenangkan.

Saya melangkah menuju ke Stesen Kereta Api Sirkeci, tempat Sulatan Abdul Hamid beserta sekalian isteri dan anaknya dihantar pergi menginggalkan  bumi Khalifah, ke istana buruk milik yahudi di Salonika, pembuangan Negara sebelum seluruh khalifah dimusnahkan di tangan musuh Allah; si yahudi dan konco-konco Ittihad ve Terakki.

Gerombolan tentera kedengaran melangkah penuh derap ke istana. Meriam diletupkan sebagai petanda Sultan Mehmed V Resad ditabal menjadi raja boneka. Rasmilah malam itu - Sultan Mehmed V Resad menjadi khalifah ke-99 umat Islam semenjak Abu Bakar As Siddiq r.a. Tetapi khalifahyang satu ini sudah tiada kuasa. Hanya boneka umpan menahan pemberontakan masyarakat terhadap pembubaran Khilafah Othmaniyyah.

"Entahlah, di saat hidup dan matiku tidak menentu, aku terasa begitu tenang dan aman. Seperti sebuah gunung besar yang selama ini menghempap dadaku, diangkat penuh kelegaan," kata Sultan Abdul Hamid di dalam diarinya.

Sultan Abdul Hamid mengusap kepala anaknya Abdul Rahim yang menangis ketakutan. Anak-anaknya yang lain turut menangis sama. Perjalanan dari Sikerci Istanbul menuju Salonika di Greece penuh misteri.

"Sabarlah anak-anakku. Jika Allah mengkehendaki kematian bagi kita. bukankah kematian itu kesudahan untuk semua," kata Sultan Abdul Hamid kepada sekalian kaum kerabat baginda.

Kereta api meluncur laju. Bumi khilafah ditinggalkan di belakang. Sejarah kegemilangan 600 tahun Bani Osman, berakhir malam itu. Palitan hitamyang  mustahil untuk diputihkan kembali.

Dalam suasana malam yang sejuk, Sultan Abdul Hamid II melunjur kakinya di atas kerusi kereta api sambil dipicitoleh anaknya Fatimah.

"Sabarlah anakku. Ummah tidak tahu apayang telah mereka lakukan kepada umat Muhammad ini," Baginda mengusap wajahnya dengan linangan air mata.

Saya seperti terpaku melambai baginda pergi.

Saya tinggalkan Sikerci dan melangkah membawa diri ke stesen tram. Saya mahu ke Beyazid.

Lama benar baginda dan ahli keluarganya dikurung di istana yahudi yang buruk itu. Mereka dikurung di dalam bilik tanpa perabot. Pintu dan tingkap istana, dilarang daripada dibuka. Hari demi hari, adalah kematian sebelum mati bagi baginda sekeluarga. Akhirnya pada 1912, Sultan Abdul Hamid dibawa pulang ke Istanbul, dan anak-anaknya bercerai-berai, dibuang ke Perancis sebagai pengemis dan pelarian yang merempat di jalanan.

Sultan Abdul Hamid dikurung di istana Beylerbeyi selama enam tahun.

"Maafkan patik Tuanku. Mereka tidak mengizinkan saya untuk hadir lebih awal."kata doctor yang merawat Sultan Abdul Hamid, berbisik ke telinga baginda.

Nafas Sultan Abdul Hamid turun naik. Penyakit asma baginda semakin serius.

Doktor tidak dapat berbuap apa-apa.

Renungan Sultan Abdul Hamid menghancurkan hati doctor tersebut. Bagaimana seorang khalifah umat ini harus menemui ajalnya di tangan beliau.

"Ampunkanlah aku ya Allah. Tiada upaya bagi hambaMu yang lemah ini," ujar seorang doctor, sudah hilang upaya.

Baginda Sultan Abdul Hamid II telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di dalam kurungan di Istana Beylerbeyi pada 10 Februari 1918. Pemergiannya diratapi oleh seluruh penduduk Istanbul kerana mereka sudah sedar, apakah harga kebodohan mereka membiarkan khilafah Othmaniyyahdilumpuhkan selepas penggulingan Sultan Abdul Hamid, 10 tahun yang lalu. Menangislah.... tiada sejarah yang mampu memadamkan penyesalan itu.

Selepas turun di Beyazid, akhirnya saya tiba di hadapan makan Sultan Abdul Hamid.

:Akhirnya di sini jasadmu bersemadi. Maafkakn saya Tuanku kerana tidak segagahmu untuk mempertahankan Ummah ini," saya berdiri sepi di dinding makam.

Akhirnya petang itu, saya coretkan kenangan melalui sebuah nasyid yang saya cipta di sisi makam Sultan Abdul Hamid

Sebuah taman bernama Daulah
Retak seribu oleh kesombonngan bangsa
Seorang khalifah yang gigih memerintah
Mengekang rekah dari terbelah
Bagai terdengan bisikan di pusaramu
"Ya muslimi al-Aalam, Ittahidu!"
(Wahai muslimin sekalian alam, bersatulah kamu)

Di sini persemadianmu
Kuterkenang semalam
Hari-hari indah bahagia
Islam pernah gemilang

Tiada penderitaan
Keimanan pun dirasa
Islam yang gagah bertakhta
Rahmat alam semesta

Langit tidak akan cerah selamanya
Mendung datang bersama gerimis kedukaan
Rebahlah ummah bersama catatan sejarah yang hitam
kekallah dunia dalam hina selamanya

Bumi Turki menyaksikan pengkhianatan agama
Mahkota Negara jatuh gugur berkecai tidak tersisa
Lemaslah ummah dalam pelukan kemajuan  yang berdusta
Islam dan Al-Quran diperhina terpenjara

Seorang iblis yang durjana
Bertopengkan manusia
Membutakan mata rakyatnya
Dengan janji dunia

Bagai tak punya agama
Hidup membina harta
"Islam baru" yang dicipta
Jauh dari Tuhannya

Manusia yang mulia di bumi yang bahagia
Kau hancurkan sejarah warisan perjuangan mereka
Namun lupakah engkau Islam itu di tangan Tuhannya?
Langit tidak akan mendung selamanya

Bumi Turki memnyaksikan kebangkitan kali kedua
Menjejaki perjalanan hari-hari semalam yang dilupa
Bersemadilah kau dalam kemurkaan Tuhan yang Esa
Islam akan dikembalikan ke takhtanya

Lagu/Lirik/ Nyanyian: Hasrizal Abdul Jamil
Persembahan: Usrah Al Firdaus
Album: Dunia Ini (1996)

"Aku yakin yang ahli sejarah akan membelaku. Seandainya ahli sejarah Turki tidak melakukannya sekalipun, aku pasti akan ada ahli sejarah luar yang akan menegakkan keadilan buatku," Sultan Abdul Hamid menulis suara hatinya ketika pembuangan di Salonika, Greece.

"Hamba di sini, Tuanku." Saya menadah tangan memohon taufik daripadaNYA.

 
 

 




 

No comments:

Post a Comment