Sunday, 30 November 2014

Haji si kecil


Kursus Haji (3)

Menunaikan Haji atau Umrah bersama anak kecil.

- Fuqaha' bersepakat Sah Haji atau Umrah bagi anak kecil tetapi tidak menggugurkan kewajipannya. ...Beerti apabila baligh dia perlu untuk menunaikan Haji atau Umrah yang wajib bagi dirinya.

Hal berkenaan Anak kecil ini ada 3:

1) Jika mampu untuk berjalan sendiri maka dia perlu mengerjakan manasik sendiri seperti Tawaf dan Saie.

2) Jika tidak mampu berjalan sendiri tetapi sudah Mumayyiz( dpt beza baik dan buruk) maka die perlu berniat sahaja dan segala manasik haji seperti tawaf dan Saie akan di bantu oleh Ibu atau bapa.

3) Jika masih terlalu kecil dan tidak mampu berjalan dan belum Mumayyiz, Ibu atau Ayah akan berniat Ihram untuknya dan menanggung segala pantang larang ihram yang di lakukan, serta ibu atau ayah akan melakukan Manasik seperti Tawaf dan Saie untuknya.

Adakah Tawaf atau Saie cukup sekadar 7 pusingan sekali bersama anak kecil atau kena buat 14 pusingan?
- Imam Abu Hanifah cukup 7 pusingan dengan menggendong Bayi tersebut ketika Tawaf atau Saie.
- Pandangan Ulama' selainnya mensyaratkan lepas 7 pusingan untuk diri sendiri terlebih dahulu baru buat untuk anak yg masih kecil tersebut.

Cara yang saya syorkan untuk meraikan kedua2 pendapat: Apabila si Ayah sudah selesai Tawaf atau Saie, maka boleh ambil kerusi roda dan ibu boleh menggendong anaknya dan duduk di kerusi roda tersebut. Maka ayah akan menolakknya untuk tawaf dan Saie. Terlepas la kewajipan 7 pusingan tawaf dan 7 pusingan Saie bagi ibu dan anak tersebut.

Dalil: seorang Wanita telah mengangkat anaknya sambil menunjukkan pada Rasulullah dan berkata " adakah padanya haji?" Rasulullah bersabda: Ya, padamu Pahala.
(Sohih muslim 1336)

Rasulullah tidak menerangkan padanya buat satu pusingan tawaf atau dua pusingan. Ini kerana jika tsabit padanya 2 kali tawaf Rasulullah sudah menerangkan awal2 kepadanya. Tidak harus penerangan itu di lambatkan ketika waktu ia di hajatkan (perbahasan Usul Fiqh)
Fatwa Syeikh Ibn Baz: Apabila telah diniatkan ihram untuknya Memadai satu tawaf dan satu Saie: ( rujuk Majmu' Fatawa (257/5)

Di tanya Syeikh Ibn Jibrin tentangnya: maka kata Syeikh telah di pertanggungjawabkan sesiapa yang berniat ihram untuk anak kecil ini, berihram untuknya, bertalbiah untuknya, melontar untuknya, maka memadai untuk satu kali Tawaf dan satu kali Saie.

( Kitab Fatawa Islamiah 2/182)
- Abu Muhammad-

No comments:

Post a Comment