shared Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar's photo
KENYATAAN RASMI I-MEDIK BERHUBUNG PERLAKSANAAN PERUNDANGAN SYARIAH
I-Medik merasakan Persatuan Perubatan Malaysia, atau lebih dikenali dengan akronim MMA telah bertindak secara tidak professional apabila ia tanpa menghormati perasaan umat ...Islam, mencadangkan agar pemotong daging diberi tugas menjalankan salah satu dari perundangan Syariah, iaitu hukum Hudud yang melibatkan hukum memotong tangan.
Kenyataan ini di buat dengan secara terburu-buru tanpa ada sebarang usaha dari MMA untuk memahami kepentingan perundangan Syariah secara umum, dan hukum Hudud secara khusus kepada umat Islam.
Ini termasuklah ribuan professional perubatan Moslem yang berkhidmat di Malaysia.
Jikapun MMA tidak dapat menyetujui cadangan yang dibuat oleh kerajaan Negeri Kelantan, ia tidak seharusnya menjadikan isu hukum Hudud ini sebagai suatu jenaka kepada 63.1% umat Islam di Malaysia.
I-Medik berpendapat isu siapa yang harus menjalankan hukuman kepada pesalah adalah masih didalam peringkat perbincangan awal.
Lebih banyak kajian dan perbincangan harus diadakan berhubung soal teknikal perundangan Syariah, yang sering disalahtafsir dengan mengecilkan skop kepada memotong tangan, sedangkan ia melibatkan falsafah keadilan, pengajaran dan pencegahan.
Seorang doktor Moslem menjalankan tugas mereka mengikut sumpah doktor perubatan Islam, yang menyokong penuh Islam sebagai satu cara hidup, dan ini termasuklah menyokong sepenuhnya perundangan Syariah.
I-Medik sekali lagi ingin menegaskan agar MMA lebih sensitif dalam menyampaikan pandangan mereka yang menyentuh umat Islam dan agama Islam, lebih-lebih lagi pengamalan Islam.

No comments:
Post a Comment